Connect with us

Berita Lain

Elyana Sedih Terpaksa Gugur Kandungan


PUTRAJAYA – Penyanyi, Elyana, 31, terpaksa menggugurkan
kandungannya yang berusia dua bulan kerana tidak mahu penyakit dihidapinya
memberi kesan kepada bayi yang bakal dilahirkan.
Menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat, Elyana
mengaku amat sedih kerana terpaksa menggugurkan kandungannya itu, kira-kira dua
minggu lalu.
“Sudah bertahun-tahun lamanya saya mengimpikan kehadiran
anak kecil. Sebelum ini, terlalu sukar untuk saya hamil.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagaimanapun, saya harus membuat keputusan yang besar dalam
hidup selepas disahkan hamil.
“Hati saya terlalu berat mahu menggugurkan kandungan, tetapi
jika saya meneruskannya, ia memberi kesan pada bayi nanti,” katanya kepada BH
Online.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu turut
berkata, dia terlebih dulu merujuk kepada ustaz sebelum menggugurkan
kandungannya itu.
Katanya, dia tidak sedar dirinya hamil sehinggalah
kesihatannya merosot teruk.
“Saya langsung tidak boleh menjamah makanan sampaikan hendak
telan roti pun tidak mampu. Bagaimanapun, saya kena makan juga kerana terpaksa
menelan 28 biji ubat sehari, setiap empat jam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Melihat keadaan yang tidak bermaya, saya melakukan
pemeriksaan doktor dan disahkan hamil. Begitupun, saya terpaksa menggugurkannya
kerana bimbang ubat saya ambil boleh memberikan kesan pada bayi.
“Saya takut anak yang dilahirkan tidak cukup sifat,” katanya
ketika ditemui pada acara siri jelajah Suria FM di sini, hari ini.
Pada awal 2016, Elyana pernah keguguran apabila mengandung
di luar rahim.
Elyana yang mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar
Hussin, 42, pada November 2010, dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta
Sumayyah, pada Ogos 2011.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel