Connect with us

Berita Lain

Forum Hindraf Bersama Dr M Terhenti Selepas Kekecohan


KUALA LUMPUR: Satu forum anjuran Hindraf bersama Tun Dr
Mahathir Mohamad terhenti selepas keadaan bertukar tegang di sesi soal jawab.
Penganjur sebelum itu menetapkan semua soalan harus
diserahkan sebelum acara bermula.
Keadaan bagaimanapun jadi tidak keruan selepas seorang
peserta bangun bertanyakan kepada bekas perdana menteri itu mengapa dia tidak
campurtangan dalam skandal Maika Holdings.
Soalan itu tidak diserahkan semasa diminta, menyebabkan
seorang ahli Hindraf menegur peserta itu dan berkata forum malam ini bukan
“forum peribadi”.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Teguran itu menyebabkan suara-suara ditinggikan dan gangguan
lisan daripada hadirin. Penganjur terpaksa campurtangan dan berkata sesi soal
jawab perlu ditamatkan.
Keputusan itu menyebabkan seorang lagi peserta membantah
mengatakan tindakan itu tidak adil.
Dr Mahathir, yang memimpin negara selama 22 tahun,
bagaimanapun mencelah dan berkata dia akan menjawab beberapa lagi soalan dan
mengambil 3 lagi soalan tambahan sebelum penganjur menggulung acara.
Bekas perdana menteri itu, yang tampak tenang sepanjang kekecohan
itu berkata: “Tidak apa. Saya sudah biasa.”
Bekas menteri dan presiden MIC Tun Samy Vellu menubuhkan
Maika pada 1982 bagi membolehkan masyarakat India menyertai pertumbuhan ekonomi
negara. Inisiatif itu bagaimanapun gagal memberi pulangan yang baik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pada 2000, syarikat gagal itu diambil alih oleh syarikat G
Team Resources milik hartawan G Gnanalingam pada harga RM106 juta untuk
membantu menyelesaikan isu-isu berbangkit dan membayar pemegang saham.
Terdahulu, Dr Mahathir mengambil soalan daripada hadirin
termasuk tentang rancangan Pakatan Harapan untuk masyarakat India.
Turut hadir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Naib
Pengerusi DAP M Kulasegaran dan Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar.

– FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel