Connect with us

Berita Lain

Gadis Mati Lepas 3 Kali Dirogol Dengan Rakus!


SEORANG lelaki warganegara Indonesia akan menghadapi hukuman
mati selepas disabitkan kesalahan merogol kekasihnya yang berusia 15 tahun
sehingga mati.

Kejadian serangan seksual tragik yang dikatakan berlaku di
sekitar Bali, lingkungan Disember pada tahun lalu itu telah melibatkan suspek
yang berusia 25 tahun.

Semalam, kisah sebenar yang membawa kepada kematian gadis
malang itu akhirnya terbongkar selepas suspek disuruh untuk mendedahkan punca
kematian kekasih yang dikenalinya menerusi sebuah aplikasi di media sosial, lapor Mynewshub.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Suspek telah mengulang tayang 53 adegan sebelum kematian itu
berlaku iaitu daripada saat mangsa ke rumahnya pada hari kejadian sebelum
dirogol sebanyak tiga kali sehingga meninggal dunia.
Penceritaan semula itu dijalankan secara tertutup namun
dihadiri oleh beberapa wakil media yang dibenarkan untuk mengikuti perbicaraan
tersebut.
Mangsa dikatakan telah dirogol secara kasar oleh suspek dan
mulutnya pula turut telah ditutup menggunakan bantal dengan alasan mangsa
menjerit terlampau kuat.
Malah, mangsa turut mengalami pendarahan ketika dirogol
namun tidak diendahkan oleh suspek dan dia tetap terus melampiaskan nafsu
liarnya itu sehingga puas.
Selepas puas, suspek mengambil keputusan untuk terus mandi
sebelum mendapati gadis itu sudah tidak bernyawa sehingga membuatkan dia berasa
panik lantas memakaikan baju kepada kekasihnya itu dan keluar untuk beli
makanan.
Bimbang keadaan demikian, suspek meminta tolong jiran
tetangga untuk menggosokkan minyak panas ke tubuh malang itu dan selepas
mendapati tiada tindak balas, mereka telah bergegas ke hospital bagi
mendapatkan rawatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Saksi yang juga merupakan jiran suspek telah membawa gadis
itu ke hospital tetapi didapati dia telah meninggal dunia sekitar 45 minit
selepas kejadian.
Hasil bedah siasat mendapati sesuatu yang tidak kena dengan
keadaan mayat gadis itu dan suspek telah ditahan bagi siasatan lanjut.
Ketika sesi penceritaan semula mengenai kejadian, keluarga
mangsa tidak dapat menahan emosi kerana sedih dengan nasib yang menimpa anak
mereka namun keadaan kembali reda selepas pihak polis bertindak meleraikan
kekecohan itu.
Dua jam masa diambil bagi menceritakan kisah kejadian
sebelum suspek dibawa semula ke tahanan bagi perbicaraan seterusnya pada 10 Mac
ini di Mahkamah Kota Makassar, Sulawesi bagi menghadapi hukuman mati jika
disabitkan kesalahan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel