Connect with us

Berita Lain

‘Giant killers’ Cabaran BN/Umno


PAKATAN Harapan sudah mula gerakan mengumpulkan puluhan
pembunuh raksasa atau biasanya digelar ‘giant killers’ untuk menumpaskan BN
dalam PRU14 akan datang.
Sehingga semalam, gabungan empat parti itu – PKR, Bersatu,
DAP dan Amanah – sudah mendaftarkan dua intelek muda, Wan Saiful Wan Jan dan Dr
Maszlee Malik.
Wan Saiful adalah bekas Pengarah Eksekutif Institut
Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) sementara Maszlee adalah bekas profesor
pembantu di Jabatan Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala
Lumpur dan lebih terkenal sebagai moderator debat dan wacana politik serta
penganalisis politik Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan gerakan Islam
kontemporari.
Mereka menyertai Bersatu, dengan Wan Saiful dilantik sebagai
Timbalan Ketua Biro Strategi dan Dasar Bersatu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut sumber yang rapat dengan Harapan, gabungan parti itu
sudah menyenaraikan ramai intelek muda untuk menyertainya.
“Setakat yang saya tahu, sudah ada hampir 20 orang,” kata
sumber itu yang tidak mahu dikenali.
Katanya, mereka ini akan diberi kepercayaan menjadi pembunuh
raksasa, seperti yang pernah dilakukan beberapa calon Pakatan Rakyat dalam
PRU-PRU lepas.
Antara mereka Naib-Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, yang
membuat kejutan menewaskan Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Wanita, Keluarga
dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Jalil untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Nurul Izzah mengulangi kejutan mengalahkan Menteri Wilayah Persekutuan
Raja Nong Chik Zainal Abidin di kawasan sama.
Menurut sumber itu, Harapan sudah menyusun strategi untuk
meletakkan pembunuh-pembunuh raksasa ini di kawasan-kawasan utama di seluruh
negara, terutama kawasan yang kini dipegang oleh pemimpin-pemimpin Umno dan
parti-parti komponen, termasuk Pekan dan Putrajaya.
Ahli Parlimen Pekan adalah Presiden Umno dan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Parlimen Putrajaya adalah Setiausaha Agung Umno
dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sumber itu berkata, adalah terlalu awal mengumumkan siapa
akan diletakkan di situ.
Yang sudah hampir sah ialah Pengerusi Harapan, Tun Dr
Mahathir Mohamad akan bertanding di kawasan Parlimen Langkawi, Kedah.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hampir pasti
mempertahankan kawasan Parlimen Pagoh, Johor, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di
Jerlun dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah di Indera
Mahkota, Pahang.
Wan Saiful, 43, anak kelahiran Alor Setar, Kedah, dipercayai
akan bertanding di Titiwangsa, sementara Maszlee, 44, yang dilahirkan di Johor
Bahru, dijangka diberi kerusi Dun.
Menurut sumber itu, seorang demi seorang intelek muda akan
diperkenalkan sedikit masa lagi.
Saifuddin, ketika dihubungi, berkata: “Harapan
mengalu-alukan kemasukan Wan Saiful dan Dr Maszlee. Mereka adalah tokoh
berwibawa yang menguasai isu-isu Melayu-Islam. Ini amat signifikan kerana
Harapan memerlukan penambahan undi Melayu.
“Saya harap akan ada lagi tokoh-tokoh seperti mereka yang
menyertai Harapan,” kata Saifuddin, yang pernah menjadi Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi di bawah pentadbiran Najib, sehingga 2013.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti
Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, pemilihan seperti
ini boleh dianggap penting oleh Harapan bagi menunjukkan seolah-olah ada
perubahan.
“Misalnya, kehadiran Wan Saiful, Dr Maszlee dan lain-lain
boleh memberi nilai tambah kerana bertanggapan ada penonjolan perubahan untuk
memenuhi citarasa pengundi muda tetapi ini tidak semestinya menjamin
kemenangan.
“Aktivis politik dan tokoh politik berbeza. Kita pernah
melihat kekalahan Chandra Muzaffar, Sanusi Osman, Syed Husin Ali, Aziz Bari dan
calon BN PRK Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi,”katanya.
Katanya, kelayakan latar belakang hanya satu daripada
faktor.
“Golongan intelektual dan NGO jarang kekal dalam politik
kerana kekangan sokongan akar umbi, sumber terhad dan politik dalaman parti
walaupun dahulu cikgu menjadi pilihan utama sebagaimana ketara dalam BN,”
katanya.
Bagi calon-calon ini, katanya, jika diberi kawasan selamat,
barangkali mampu menterjemahkan idea dalam bentuk dasar dan pelaksanaan arus
perdana.
Ketua Pemuda PKR. Nik Nazmi Nik Ahmad, menyifatkan kemasukan
intelek muda ini sebagai tindakan positif.
“Kita kini bukan lagi pembangkang, tetapi kerajaan
menunggu,” katanya.



– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel