Connect with us

Berita Lain

Hapus GST, Subsidi Minyak, Turun Harga Kereta Antara Manifesto HARAPAN


Pakatan Harapan (HARAPAN) malam ini melancarkan manifesto
138 halaman yang antara lain, memperincikan rancangan pakatan pembangkang
menangani kenaikan kos sara hidup, jika menawan Putrajaya.
Tawaran paling popular adalah menghapuskan Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST), namun manifesto itu memasukkan beberapa langkah lain
yang tidak diterbitkan sebelumnya.
Antaranya termasuk rancangan mengurangkan cukai eksais bagi
mereka yang membeli kereta pertama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dasar ini adalah untuk kereta di bawah 1600cc dan bagi
pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000.
Manifesto itu juga memperkenalkan kuota bulanan subsidi
bahan bakar kepada kumpulan sasaran.
Subsidi bahan bakar akan diberikan untuk motosikal dengan
enjin di bawah 125cc dan kereta dengan enjin di bawah 1300cc.
HARAPAN juga akan memperkenalkan pas masuk RM100 di kawasan
bandar bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
Selain itu, gabungan itu juga mengulangi rancangan untuk
menghapuskan tol dalam beberapa fasa.
HARAPAN juga mencadangkan pelbagai langkah untuk menangani
kos sara hidup, termasuk kos penjagaan kesihatan.
Ia merancang untuk memperkenalkan baucar tahunan RM500 bagi
membolehkan mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 mendapatkan penjagaan
kesihatan asas di klinik.
Manifesto itu juga mencadangkan peningkatan pendapatan boleh
guna dan simpanan penduduk.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Antara mekanisme dicadangkan adalah menangguhkan bayaran
balik pinjaman Perbadanan Tabung Pindidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga
peminjam mencapai gaji sebanyak RM4,000.
Kerajaan HARAPAN juga akan menawarkan insentif cukai kepada
majikan untuk membantu membayar pinjaman PTPTN kakitangan mereka tanpa potongan
gaji.
Selain itu HARAPAN juga mahu meningkatkan gaji minima kepada
RM1,500 dan menyelaraskannya antara semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
HARAPAN juga memperkenalkan potongan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah di mana potongan akan dibuat menerusi
caruman suami mereka yang bekerja sebanyak 20 peratus.
Sebagai tanda penghargaan kepada suri rumah, kerajaan
HARAPAN juga akan menyumbangkan sebanyak RM50 sebulan kepada KWSP mereka.





– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel