Connect with us

Berita Lain

Ibu Gigih Riba Anak Sambil Jawab Soalan

KEGIGIHAN wanita ini yang terpaksa membawa bersama bayinya yang berusia dua bulan ketika menduduki peperiksaan untuk memasuki universiti di Kabul telah menjadikan dia sebagai tajuk utama media dunia.


Lebih menggembirakan, kesungguhan Jahan Jaab, 22, itu berbaloi apabila dia lulus peperiksaan berkenaan. Jahan mendapat 152 mata dan akan mengambil jurusan pengajian sains sosial.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Advertisement
Gambar Jahan yang meriba anak sambil menjawab soalan peperiksaan itu telah dirakamkan oleh seorang pensyarah, Yahya Erfan, yang bertanggungjawab mengawasi peperiksaan berkenaan.

Disebabkan dia terpaksa meriba anaknya, maka Jahan terpaksa menjawab soalan sambil duduk di atas lantai sahaja.
Sementara pelajar lain pula simpati melihat Jahan dan mereka tidak kisah walaupun bayinya menangis.
Namun Jahan yang berasal dari keluarga miskin berasa bimbang dia tidak dapat membiayai pengajiannya kelak dan dia juga khuatir tidak dapat hadir ke universiti dengan sempurna kerana menetap di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai jalan untuk kenderaan memasukinya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Berikutan itu, sebuah pertubuhan sukarelawan di United Kingdom iaitu Pertubuhan Belia Afghan telah melancarkan kempen menerusi laman web Go Fund Me untuk membantu ibu muda tersebut melanjutkan pelajarannya.
“Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk menyatakan bahawa tiada apa yang boleh menghalang wanita ini daripada menduduki peperiksaan bersama bayinya yang berusia dua bulan,’’ kata anggota kumpulan Pertubuhan Belia Afghan, Shokryah Mohammadi, kepada CNN.
Setakat ini sebanyak RM1,570 berjaya dikumpulkan dalam masa sehari kempen itu dilancarkan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel