Connect with us

Berita Lain

Impian Dan Pesan Terakhir Wira Penyelamat Sebelum Maut


Wira Penyelamat Abu Zarin Hussin telah pergi buat
selama-lamanya dan tragedi yang menimpanya ternyata memberi kesan mendalam buat
rakan karibnya, Fahmy Ramli.
Menurut pemuda berusia 33 tahun ini, walaupun tempoh
persahabatan mereka masih lagi baharu iaitu kira-kira lima tahun, namun baginya
Abu Zarin seorang yang sangat istimewa.
“Hubungan kami dah seperti adik beradik. Jarang berjumpa
namun kami selalu berhubung.
“Pertama kali kami berjumpa ketika arwah datang ke Kluang
untuk mengambil ular tedung selar di balai bomba di sini. Selepas itu kami
selalu berhubung dan berkongsi cerita,” jelas Fahmi yang sebaya dengan
Allahyarham Abu Zarin kepada mStar Online.
Menurut anggota polis yang bertugas di Johor ini, hubungan
persahabatan mereka semakin rapat apabila bersama-sama mencuba nasib menyertai
Asia Got Talent tahun lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tahu dia menyertai program itu bukan untuk mencari
populariti tetapi bagi membantu ibu bapanya.
“Dia ada cakap, kalau menang dia mahu bina rumah baharu
untuk ibu bapanya. Namun kami tersingkir di peringkat suku akhir.
“Di situ saya boleh nampak kekecewaannya dan dia berjanji
akan sertai lagi tahun ini.
“Dalam status Facebooknya sebelum ini, arwah ada beritahu,
“kalau dia sudah tidak ada lagi, dia mahu saya masuk program itu tahun ini.”
“InsyaAllah, kalau ada rakan yang sesuai, saya akan tunaikan
permintaannya itu,”ujar Fahmy yang tidak dapat mengawal emosi sedihnya.
Dengan nada sebak, Fahmy mengakui sukar mencari sahabat
sebaik arwah kerana keperibadiannya yang begitu disenangi ramai.
“Anda tidak akan jumpa orang sebaik dia selepas ini. Dia
seorang yang tak ‘reti’ nak marah orang walaupun masanya diganggu dengan
perkara yang ‘simple’.
“Malah minatnya dengan ular tedung selar ini memang tidak
boleh dinafikan lagi kerana dia sanggup ke mana sahaja dengan duit poketnya
sendiri semata-mata untuk menangkap haiwan itu.
“Saya selalu juga menasihatinya supaya berjaga-jaga dan
mengajaknya untuk tukar hobi, namun katanya “aku takkan tukar haiwan lain
selain ular. Sampai aku pejam mata”.
“Kelebihannya adalah menguruskan ular, tetapi saya nampak
dia jenis yang suka semua jenis haiwan.
“Dia pernah ada bela musang yang dinamakan ‘Wira’ namun mati
dilanggar. Selepas itu dia bela lagi sepasang dan salah satunya musang betina
dia namakan ‘Tiz Zakiah’,” ujar Fahmy yang mengakui Abu Zarin seorang yang suka
bergurau.



Menceritakan lebih lanjut mengenai persahabatan mereka, kata
Fahmy, beliau terkilan kerana hasrat untuk melihat Abu Zarin menjadi pengapitnya
pada hari bersejarah buat dirinya pada November ini tidak kesampaian.
“Saya ajak dia jadi pengapit untuk majlis perkahwinan saya
nanti di Pulau Pinang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dia memang teruja kerana katanya kat Penang banyak ular
tedung selar yang cantik-cantik.
“Namun semuanya tidak kesampaian. Malah tidak sempat
berjumpa buat kali terakhir dengannya.
“Tapi sebelum dia dipatuk ular (12 Mac), kami sempat
‘WhatsApp’ lebih kurang 11 pagi selepas saya ‘reply’ statusnya agak sedih.
“Dan dia ada cakap nak pergi tangkap ular, tapi sebelah
malam, saya dapat tahu dia kena patuk ular dan dimasukkan ke hospital sebelum
dapat berita dia dah meninggal dunia pagi semalam (Jumaat),” jelasnya Fahmy
sayu.
Abu Zarin dipatuk ular tedung selar pada pukul 7.54 malam
ketika operasi di Bentong pada 12 Mac lalu dan dibawa ke Hospital Sultan Haji
Ahmad Shah.
Dia meninggal dunia kira-kira pukul 12.40 pagi Jumaat
selepas koma selama tiga hari.
Abu Zarin bertugas lebih 10 tahun sebagai anggota bomba dan
pernah berkhidmat di Balai Bomba Muadzam Shah, Pekan dan kini di Temerloh.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel