Connect with us

Berita Lain

‘Individu Lulus Tanah Felda Jalan Semarak Didedah’


KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Razali Ibrahim mendedahkan 
surat kuasa wakil penuh (PA) memajukan tanah Felda  di Jalan Semarak, Kuala Lumpur bagi
membangunkan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) ditandatangani oleh Bekas
Pengerusi dan Pengarah Felda yang terdahulu.
Menurutnya, pendedahan autoriti yang menandatangi PA itu,
bukanlah bertujuan menuding jari kepada pihak tertentu kerana kes ini masih
lagi dalam siasatan audit forensik.
“Kita zaman sekarang tak boleh sembunyi-sembunyi pun, banyak
benda akan terdedah. Sekarang saya jawab di Parlimen. PA tersebut
ditandatangani  oleh Pengerusi Felda  dan Pengurus Besar  ketika itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Maknanya (pendedahan) ini bukan bertujuan tentukan siapa
betul, siapa salah kerana siasatan masih berlangsung,” katanya menjawab soalan
daripada Ahli Parlimen, Indera Mahkota-PKR, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata,  ada banyak syor  dan penemuan yang didapati oleh audit
forensik.
“Saya cuma menjawab soalan yang ditanya iaitu siapa yang
keluarkan PA dan siapa yang tandatangani.
“Berdasarkan prosedur semua dokumen 240 dokumen termasuk
minit mesyuarat lembaga telah diambil untuk lengkapkan siasatan,” jelas Razali.
Sebelum ini kecoh kontroversi Felda yang  berisiko kehilangan tanah miliknya bernilai
RM270 juta di Jalan Semarak bagi tujuan pembangunan KLVC menerusi transaksi
pindah milik yang diragui sejak 2015.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda
Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai
pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power
of attorney) bagi membangunkannya.
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah Pengerusi Felda dari
2011 hingga Januari 2017; Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV)
mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada
2 Julai 2013 sehingga 2017.



– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel