Connect with us

Berita Lain

Jho Low, Riza Aziz Tidak Isytihar Pendapatan Di Negara Ini


KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak dapat
mengenakan cukai ke atas ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho (Jho Low)
dan anak tiri perdana menteri, Riza Aziz memandangkan kedua-dua mereka tidak
mengisytiharkan pendapatan di negara ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,
menurut fail cukai LHDN, tiada rekod bagi kedua-dua nama individu berkenaan
mengisytiharkan pendapatan di dalam negara bagi membolehkan mereka dikenakan
cukai.
“Mengikut fail cukai kita, tidak ada. Nama-nama ini tidak
ada dalam fail kita kerana mereka tidak isytihar pendapatan dalam negara. Kalau
dia isytihar, kita akan kenakan cukai,” katanya dalam perbahasan di Dewan
Rakyat, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Johari berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Lip Eng
(DAP-Segambut) yang bertanyakan mengenai sumber kewangan Jho Low dan Riza yang
didakwa tiada kaitan dengan 1MDB selain bertanya adakah siasatan dilakukan
untuk mengenal pasti sumber kewangan mereka adalah secara sah atau tidak.
Bagaimanapun, Johari menjelaskan dia tidak boleh menjawab
lanjut soalan berkenaan memandangkan perkara yang dibangkitkan itu di luar
bidang kuasanya.
“Isu yang dibangkitkan ialah isu penyiasatan, saya tidak
berada dalam kedudukan untuk memberi jawapan kerana saya tidak berada dalam
kedudukan penyiasatan,” katanya.
Sementara itu, menurut Johari, LHDN memberi jaminan akan
mengambil tindakan terhadap syarikat atau individu yang mempunyai aset dan
pendapatan di negara ini, tetapi tidak membayar cukai.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pihak LHDN beri jaminan tidak kira siapa, selagi ada
pendapatan di Malaysia, syarikat yang didaftar di Malaysia dan ada pendapatan,
kalau mereka tidak bayar cukai, ‘income tax’ akan kejar anda.
“Kalau tidak dapat hari ini, mungkin esok, kalau tidak esok,
hari berikutnya, kalau tidak tahun ini, tahun depan, dia mesti akan dapat.
“Saya nak bagitahu di sini, tidak kira siapa samada
pendapatan secara individu atau pendapatan melalui syarikat, kedua-duanya akan
dikenakan cukai selagi berada di dalam bidang kuasa LHDN.
“Jadi saya tekankan sekali lagi, tak kira siapa, perdana
menteri atau menteri kewangan II, kalau ada pendapatan di Malaysia, anda akan
dikenakan cukai,” katanya.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel