Kaum Cina Hadiri Rumah Terbuka Nazri Walaupun Diboikot MCA

0
44


Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan
anggota majlis tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menerima sambutan
baik daripada masyarakat Cina.
Menurut Nanyang Siang Pau, kira-kira 1,000 hadir di rumah
terbuka di kawasan parlimen Padang Renggas pada Jumaat lalu walaupun MCA
memboikot majlis itu.
Pemimpin MCA setempat yang mengumumkan boikot terhadap Nazri
ternyata tidak hadir pada majlis itu, menurut laporan berkenaan.
Bagaimanapun, akhbar itu melaporkan pemimpin Gerakan
tempatan hadir pada acara tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Nazri dan pemimpin MCA sejak beberapa hari lalu saling
bertikam lidah berhubung isu membabitkan jutawan Malaysia, Tan Sri Robert Kuok.
Ketika majlis malam tadi, Nazri tidak menyebut mengenai
konflik dengan MCA sebaliknya memberi tumpuan kepada sumbangan beliau kepada
masyarakat setempat.
Beliau secara berseloroh menyatakan setiap kali kembali ke
kawasannya, ramai “aunties” akan melawatnya untuk minum teh.
Nazri menegaskan sebagai anggota Parlimen, beliau menjaga
semua orang tanpa mengira agama, kaum atau politik.
Dalam majlis itu, Nazri menyerahkan kira-kira 200 paket
angpau kepada warga tua.
Perang mulut antara Nazri dan pemimpin MCA bermula ketika
menteri itu menggelar Kuok sebagai “pondan” dan mencabarnya
melepaskan kewarganegaraan Malaysia.

Ini berikutan dakwaan blogger Raja Petra Kamaruddin yang
menuduh jutawan itu memberikan dana kepada DAP untuk menjatuhkan kerajaan
Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kuok menafikan dakwaan Raja Petra dan mengatakan dia berhak
untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis itu.
Nazri kemudian berkata beliau gembira dengan penjelasan
Kuok, tetapi tidak akan meminta maaf terhadapnya.
MCA terus mendesak Nazri memohon maaf menyebabkan perang
mulut antara kedua-dua pihak berlarutan.



– Malaysiakini

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here