Connect with us

Berita Lain

Kes Pelajar Kedoktoran Jadi `Bapa Ayam’, Tambah Lagi 10 Tahun Penjara


PELAJAR kedoktoran dan pekerja hotel yang dijatuhi hukuman
penjara 24 tahun atas pertuduhan terbabit dalam sindiket pelacuran menerusi
aplikasi WeChat, dipenjara 10 tahun lagi dan satu sebatan atas pertuduhan sama.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd
Suah terhadap siswazah perubatan universiti di Mesir, Khairul Azzuar Yusoff dan
pekerja hotel, Mohyuddin Ahmad Fajarudin yang mengaku bersalah atas pertuduhan
menjadi orang tengah bagi aktiviti persundalan.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh diperintahkan menjalani
hukuman itu selepas hukuman penjara 14 tahun yang diputuskan oleh Mahkamah
Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat minggu lalu, selesai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ini menjadikan mereka tetap menjalani hukuman penjara 24
tahun secara keseluruhan, bagi kesemua kes dihadapi di dua mahkamah berlainan,
iaitu di Kuala Lumpur dan Putrajaya, lapor Harian Metro.
Selain itu, Mohyuddin dan Khairul Azzuar juga dikenakan
hukuman sebatan masing-masing 14 dan sembilan bagi kesemua kesalahan dilakukan
mereka.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu
di hotel di Subang Jaya, Januari tahun lalu.
Sementara itu, di hadapan Hakim Mohd Kamil Nizam, Mohyuddin
dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dari tarikh tangkapnya pada 7 Februari 2017
dan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan hidup hasil
daripada aktiviti persundalan itu.
Bagi kesemua kes itu, pendakwaan kes dikemukakan mengikut
Seksyen 372 (1)(f) dan Seksyen 372 A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rozaliana Zakaria memohon
hukuman setimpal dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh dengan alasan tindakan
keji kedua-dua tertuduh yang hidup hasil daripada aktiviti persundalan ini
bertentangan dengan moral dan agama.
“Meskipun mangsa dalam kes ini melakukan perbuatan itu
secara sukarela, namun, sekiranya tertuduh tidak memberikan peluang itu,
aktiviti tidak bermoral itu mungkin dapat dibendung,” katanya.
Bagaimanapun, peguam Zulaikha Fardi yang mewakili kedua-dua
tertuduh memohon hukuman penjara dan sebatan yang paling minimum serta berjalan
serentak dengan hukuman yang sedang berjalan kerana dua-dua anak guamnya adalah
pesalah muda dan sudah insaf.
Mengikut fakta kes, pegawai polis menyamar sebagai pelanggan
menerusi WeChat dengan menggunakan nama samaran Encik Nakal (Khairul Azzuar)
dan Santiago (Mohyuddin) yang mengendalikan aktiviti pelacuran yang bergiat
aktif sejak dua tahun lalu.
Bertindak atas maklumat, satu serbuan dilakukan sebelum dua
buah telefon pintar yang digunakan untuk aktiviti itu ditemui.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel