Connect with us

Berita Lain

Kos Kehidupan Meningkat, Rakyat Taiping Sokong Pakatan Mansuhkan GST


TERTEKAN dengan peningkatan kos kehidupan, penduduk Taiping
mengharapkan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan
(GST) sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Kebanyakan yang ditemui The Malaysian Insight di ceramah
Jelajah PH yang dihadiri lebih kurang 4,000 orang itu mengatakan, perubahan
terbesar sepanjang lima tahun lalu adalah peningkatan dalam perbelanjaan
seharian.
Seorang pesara kerajaan Razali Din, 65, berkata kehidupannya
menjadi “mahal” selepas GST yang diperkenalkan Perdana Menteri Najib Razak
dikuatkuasakan pada April 2015.
“Setiap barang yang kita beli kena GST. Setiap perkhidmatan
yang kita beli pun kena GST.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Dulu zaman Dr Mahathir Mohamad, walaupun saya bukanlah
golongan berada, saya dapat hidup selesa disebabkan harga barang tidak begitu
mahal. Sekarang semua mahal,” kata Razali kepada The Malaysian Insight.
Razali adalah warga Taiping adalah pesara Jabatan Kerja Raya
(JKR).
Beliau berharap PH dapat mengambil alih Putrajaya dan
membuat perubahan seperti memansuhkan GST.
“Dr Mahathir 22 tahun jadi perdana menteri dan mengetahui
apa yang berlaku. Zaman Dr Mahathir dulu, kita tak susah.
“Walaupun berlaku krisis ekonomi, kita dapat hidup macam
biasa. Sebab dia berjaya tambat matawang. Barang tak naik.
“Dia tak buat GST. Dia hanya kenakan cukai kepada orang kaya
saja. Sekarang orang miskin pun kena cukai dengan GST,” katanya.
Seorang ahli perniagaan berusia 36 tahun yang hanya mahu
dikenali sebagai Lim berkata, sejak PRU13 perniagaannya tidak begitu baik
disebabkan GST.
“Untung daripada perniagaan semakin kurang disebabkan GST.
“Saya yakin dengan janji Dr Mahathir disebabkan semasa zaman
pemerintahannya, ekonomi Malaysia lebih baik dan tiada GST.
“Harapan saya ialah kerajaan baru Pakatan Harapan akan
menghapuskan GST selepas PRU14,” katanya.
Timbalan Presiden PH Lim Guan Eng semasa berucap
mempersoalkan mengapa kerajaan hanya memperuntukan RM 7 bilion untuk Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedangkan mengutip RM 45 bilion setahun daripada GST.
“Pulau Pinang boleh bagi wang kepada warga emas, pemandu bas
dan pemandu teksi kerana kami tak makan wang. Asalkan kerajaan tak makan wang,
mesti cukup wang.
“Jangan lepaskan peluang kali ini. Gantikan perdana menteri
yang betul-betul boleh bantu rakyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Pulau Pinang dan Selangor sudah buktikan kerajaan bersih
menguntungkan rakyat,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Seorang tutor sambilan yang hanya mahu dikenali sebagai Seri
pula berkata, beliau dan suaminya datang ke program tersebut hanya untuk
mendengar penerangan Dr Mahathir.
“Suami saya dan saya belajar di Mesir, apabila kami beritahu
orang kami dari Malaysia, mereka akan sebut Dr Mahathir.
“Beliau adalah ikon negara,” kata pengundi atas pagar
berumur 28 tahun itu.
Ibu kepada dua orang anak itu berkata, beliau percaya Dr
Mahathir yang berusia 92 tahun itu benar-benar ikhlas mahu menyelamatkan
negara.
Katanya, beliau akan melihat terlebih dahulu manifesto PH
sebelum membuat keputusan untuk memberikan undi pada PRU14.

– The Malaysian Insight

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel