Connect with us

Berita Lain

Lagi Ahli Bersatu Kecewa


ALOR SETAR – Bersatu Pendang meluahkan kekecewaan terhadap
parti mereka selepas pelbagai isu yang timbul gagal diatasi pucuk pimpinan.
Ketua Keselamatan Parti Bersatu, Parlimen Pendang, Nizam Lam
berkata, mereka terpaksa mendedahkannya di sidang media kerana banyak saluran
cuba dikemukakan namun gagal.
Beliau turut mengakui, lebih daripada 1,000 ahli parti dari
seluruh Kedah menghubunginya menyatakan perkara sama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Adakah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden) juga
akan menyatakan saya juga bukan ahli Bersatu Kedah? Seperti yang dikatakan
kepada rakan-rakan saya dari Bersatu Jerai dan Merbok pada esok hari selepas
mereka meluahkan hal dalaman parti kepada pihak media.
“Saya menyertai Bersatu kerana beranggapan parti ini adalah
sebuah parti yang terbaik antara lain, namun apabila berada di dalam parti,
saya mendapati inilah parti paling teruk di Malaysia,” katanya, pada sidang
media, di Hotel Seri Malaysia, di sini, petang tadi.
Menurutnya, sekiranya isu seperti kekayaan luar biasa
keluarga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad masih tiada lagi jawapan,
bagaimana mereka ingin berkempen dan memberi penjelasan kepada akar umbi.
“Selesaikan masalah parti dahulu, sebelum nak selamatkan
Malaysia, parti pun celaru tapi nak selamatkan Malaysia macam mana?


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Pucuk pimpinan di pusat juga wajib dengar keluhan ahli di
bawah. Parti dikuasai oleh orang-orang terkaya serta anak-anak terkaya tapi
minta derma lagi daripada kami yang susah ini. Sepatutnya isu minta derma tak
perlu diwayangkan pada kami yang susah ini,” katanya.
Nizam berkata, kepimpinan diharap tidak mengambil tindakan
pemecatan kerana mereka masih sayang pada parti itu.
“Dalam masa sama, kami berharap kemelut-kemelut dalaman
parti dapat diselesaikan dalam kadar segera, jangan sampai ahli membenci parti
ini,” katanya.



– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel