Connect with us

Berita Lain

‘Lama’ Lebih Selesa, ‘Baharu’ Banyak Kerenah – Ahmad Zahid


PASIR GUDANG: Suasana di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran
Pasir Gudang (MPPG), di sini jadi hingar-bingar apabila Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi menggunakan analogi baju ‘lama’ dan ‘baharu’ yang merujuk kepada
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Timbalan Perdana Menteri secara bersahaja menegaskan bahawa
yang lama (BN) jauh lebih baik daripada yang ‘baharu’ (Pakatan Harapan) yang
belum pasti mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Beliau mengakui UMNO memang sebuah parti yang lama, namun
sudah melakukan transformasi untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Mengekalkan yang lama itu lebih baik daripada mencari yang
baharu. Susah senang kita kekal dengan yang lama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Yang baharu belum pasti lebih baik, yang baharu banyak
kerenah, banyak permintaannya, banyak susah daripada menyenangkan,” katanya
semasa melancarkan Jentera BN Johor di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran
Pasir Gudang (MPPG), di sini hari ini.
Yang turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis;
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isteri, Datin Seri Rosni
Omar serta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hi­shammuddin Tun Hussein
Nyata Stadium Tertutup MPPG dilanda ‘gelombang biru’ apabila
kira-kira 10,000 pemimpin dan ahli jentera BN memakai baju biru dan diserikan
dengan bendera BN sambil dimeriahkan oleh laungan Kita Pilih Biru yang merujuk
kepada warna rasmi BN.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN turut
me­negaskan bahawa BN ibarat baju lama yang jauh lebih selesa dipakai
berbanding baju baharu.
Dalam pada itu, beliau turut meminta rakyat menolak pemimpin
nomad parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang nyata bukan
untuk berkhidmat untuk rakyat seperti yang dilakukan oleh wakil rakyat BN.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pemimpin nomad ini datang lima tahun sekali, mereka pergi
ke kawasan lain dan tinggalkan ‘najis’ di kawasan yang diwakili sebelum ini.
Rakyat mesti tolak pemimpin nomad seperti ini,” tegasnya sambil meminta semua
jentera BN bekerjasama dan mengetepikan perbezaan untuk meningkatkan majoriti
di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi serta
merampas semula kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU-13.
Ketika ditanya dalam sidang akhbar selepas itu sama ada
kemungkinan calon BN yang bertanding dua kerusi, iaitu di Parlimen dan DUN,
Ahmad Zahid tidak menolak perkara itu.
“Kita serahkan hal itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak kerana kata putus dan hak mutlak calon di tangan beliau.
“Dalam pemilihan calon, pelbagai aspek akan diberi perincian
bukan sahaja integriti, antaranya sama ada calon tersebut dikenali dan berdaya
menang,” katanya meminta supaya pihak menerima dan menyokong semua yang
terpilih sebagai calon BN.
– Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel