Connect with us

Berita Lain

Lari Daripada Polis, Mat Gian Tertelan Gigi Palsu


PENDANG – Usaha seorang penagih dadah veteran melarikan diri
daripada polis membawa padah apabila dia tersungkur kedalam longkan dan
tertelan gigi palsunya.

‘Mat gian’ berumur 62 tahun tersebut bersama beberapa rakan
lain didapati sedang menagih dadah di sebuah tempat yang dkenali mereka sebagai
‘port mandu’ sebelum diserbu pihak berkuasa.
Tempat yang menjadi kawasan menagih mereka itu terletak di
sebuah kebun kelapa sawit di Kilang Kechil, di sini.
Operasi serbuan tersebut dijalankan oleh sepasukan anggota
polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Pendang dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pendang.
Akibat terperanjat dengan serbuan tersebut, lelaki warga
emas tersebut berlari lintang pukang 
bersama seorang lagi rakannya daripada pihak berkuasa sehingga jatuh
tersungkur di dalam longkang.
Lapor Harian Metro, lelaki tersebut mengalami luka dia
bahagian gusi bawah dan bahagian kakinya serta tertelan gigi palsunya akibat
insiden tergoleknya itu sebelum mereka berdua ditahan pihak polis.

Selain mereka, sembilan lagi penagih dadah berjaya ditahan
dalam operasi tersebut yang dijalankan petang semalam.
Lelaki veteran yang ditahan itu mengakui masih berada di
bawah pengawasan AADK sudah menagih dadah sejak lebih 10 tahun lalu serta
mempunyai lima orang cucu.
Dia juga mengakui bahawa isterinya tidak tahu akan aktiviti
waktu petangnya untuk ke port tersebut bagi mendapatkan ‘ubat’nya setiap
petang.
“Pak cik ke sini nak ambil ubat, kawan yang bawa motor tadi,
terkejut diserbu polis tadi lari jatuh tak sedar tertelan gigi,
“Nak buat macam mana, sekali dah terkena, saya cakap dengan
isteri nak pergi kerja, tapi saya mai (datang) sini nak beli dadah,” katanya
memetik portal Astro Awani.
Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi
Superintendan Fadzil Hashim, kebanyakan penagih yang ditahan merupakan mereka
yang berjaya melepaskan diri daripada serbuan sebelum ini.
Terdahulu, operasi sebuan turut dijalankan di kawasan kebun
getah Kampung Paya Kerchut, juga di sini dan menyaksikan ramai daripada mereka
terlepas.
Tambahnya, daripada 11 orang yang ditahan, tiga daripadanya
memiliki dadah heroin dan kesemua daripada mereka positif dadah tersebut.

“Hasil ujian awal saringan air kencing terhadap mereka
mendapati kesemuanya positif dadah jenis heroin.
“Kita turut merampas lima tiub straw dan dua paket plastik
kecil berisi heroin dan jumlah beratnya masih dalam siasatan,” katanya kepada
akhbar tersebut.
Jelas Fadzil, kawasan berkenaan dipercayai aktif sejak
kira-kira sebulan yang lalu dan beroperasi dari awal pagi hingga senja oleh
penagih yang datang bagi melepaskan gian.


Fadzil berkata, kawasan itu dipercayai aktif sejak sebulan
lalu dan dikatakan beroperasi dari awal pagi hingga senja oleh penagih yang
datang untuk melepaskan gian.
Tiga suspek yang memiliki dadah itu diserahkan kepada polis
bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana
memiliki dadah.
Sementara lapan lain yang ditahan dan disiasat mengikut
Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.

– Mynewshub

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel