Connect with us

Berita Lain

Lepasan Jurusan Perubatan Jadi Bapa Ayam Dihukum Penjara, Sebat


PUTRAJAYA: Seorang lepasan jurusan perubatan sebuah universiti
di Mesir dihukum penjara 10 tahun dan sebatan sekali atas kesalahan mengaut
pendapatan hasil daripada kegiatan pelacuran terhadap seorang remaja perempuan
berusia 14 tahun.
Khairul Azzuar Yusoff, 30, dijatuhi hukuman itu selepas
menukar pe­ngakuan kepada bersalah di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap
Kanak-kanak di sini hari ini.
Dia mengaku hidup hasil daripada persundalan terhadap mangsa
di antara pukul 2 petang dan 3.30 petang, 26 Januari tahun lalu di sebuah hotel
di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut fakta kes, mangsa yang kini berusia 16 tahun ditahan
polis di pekarangan pusat beli-belah itu ketika sedang menunggu pelanggan.
Siasatan mendapati, remaja itu telah melanggan dua lelaki untuk tempoh selama
satu jam setengah dan wang hasil pelacuran diserahkan kepada tertuduh.
Hakim Yong Zarida Sazali ketika menjatuhkan hukuman itu
menasihati Khairul Azzuar agar mengambil peluang memperbaiki hidup ketika
menjalani hukuman penjara.
Ujar beliau, tertuduh telah ‘hilang’ masa mudanya dan
disaran membalas perbuatan jenayah yang dilakukan dengan cara menawarkan
kepakaran dalam bidang perubatan bagi membantu banduan yang memerlukan.
Yong Zarida memerintahkan hukuman penjara dikuatkuasakan
selepas menjalani hukuman penjara 14 tahun dan sebatan dua kali atas kesalahan
serupa melibatkan mangsa berlainan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala
Lumpur, Jumaat lalu.
Di ibu negara semalam, Khairul Azzuar turut dihukum penjara
selama 10 tahun terhadap tiga kesalahan serupa melibatkan mangsa berlainan. Ini
bermakna, dia dikenakan hukuman penjara berjumlah 24 tahun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar
memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh mengambil
kesempatan terhadap mangsa yang masih muda dan mudah terpengaruh.
Hujah pendakwa raya, sebagai lulusan perubatan, tertuduh
semestinya seorang yang bijak dan mampu membuat pertimbangan, namun menggunakan
kelebihan itu untuk mempe­ngaruhi mangsa.
Sementara itu, peguam Suzanawati Ismail yang mewakili
tertuduh memohon agar anak guamnya diberi peluang kedua kerana masa depannya
telah musnah selain sanggup menawarkan kepakaran yang dipelajari untuk membantu
banduan di penjara.
– Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel