Connect with us

Berita Lain

Lima Barang Dijual RM1 Saja Di ‘Kedai’ HARAPAN Johor


Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menjalankan program bagi
menangani kenaikan kos sara hidup dengan menjual lima barangan keperluan kepada
mereka yang memerlukan dengan hanya mengenakan bayaran RM1.
Dengan hanya RM1, orang ramai dapat membeli 1kg beras dan empat
lagi barangan keperluan lain termasuk gula, tepung, minyak masak, krim pekat
manis, kopi, teh dan kicap.
Menerusi “Kedai Peduli Rakyat”, program ini
dimulakan oleh sayap wanita Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor lebih setahun
lalu dan kini menjadi sebahagian daripada aktiviti di kawasan luar bandar yang
dijalankan HARAPAN.
Program ini dapat mengumpulkan sehingga 50 orang pada
satu-satu masa di mana pengguna – kebanyakannya wanita -berkumpul di kawasan
berhampiran rumah mereka untuk mendengar ceramah singkat sebelum berbelanja.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Aktivis HARAPAN dari Muar, Abdullah Sahid berkata pembeli
terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang dikenalpasti sebagai mereka
yang akan mendapat manfaat daripada jualan berkenaan.
“Barangan itu disumbangkan oleh para penderma atau
dibeli menggunakan dana yang kami kumpul,” katanya kepada Malaysiakini
ketika ditemui di program Kedai Peduli Rakyat dekat Sarang Buaya, Muar pada
Jumaat lalu.

Beliau menambah, walaupun bayaran minimum adalah RM1, mereka
digalakkan membayar sedikit wang tambahan untuk membiayai program Kedai Peduli
Rakyat yang akan diwujudkan di kampung lain.
Malaysiakini berkesempatan menemui pembeli pada dua program
Kedai Peduli Rakyat di Sungai Pulai dan Sarang Buaya, Muar.
Suri rumah Afiqah Salleh, 25, yang suaminya memperoleh
pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan sebagai pemandu lori, berkata beliau dapat
membeli barangan bernilai RM20 menerusi program itu.
“Sangat berbaloi dan hanya perlu bayar seikhlas hati
sahaja,” kata ibu kepada tiga orang anak itu.
Bagi beliau dan lain-lain penerima kupon seperti Mohd Shafiq
Abu Bakar, 25 yang memperoleh pendapatan RM1,500 sebagai pemetik kelapa sawit,
sukar bagi mereka menampung harga keperluan harian di Muar.


“Gaji memang tak cukup, jadi saya perlu ikat perut.
Harga barang sekarang memang sangat mahal,” kata Mohd Shafiq, bapa kepada
dua orang anak.
Pembeli lain yang ditemui di program Jualan Sentuhan
Rakyat  di Sungai Balang, Muar juga
mengeluh mengenai kenaikan harga barangan.
“RM200 dulu penuh troli tapi, sekarang tak dapat apa
(dengan nilai yang sama),” kata suri rumah Fatimah Samad, 49, kepada
Malaysiakini.
Jualan Sentuhan Rakyat
Seorang pesara Mat Sirun Muin, 70, berkata inisiatif sama
yang dianjurkan BN iaitu jualan Sentuhan Rakyat perlu diadakan lebih kerap
kerana ia menawarkan diskaun yang lebih besar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Antara barangan yang dijual di Jualan Sentuhan Rakyat di
Sungai Balang ialah10kg beras jenama Faiza Emas yang dijual RM22 daripada RM35,
manakala sekampit beras seberat 5kg dijual dengan harga RM11 – lebih murah RM2
berbanding harga biasa.
Sementara itu, ayam dijual dengan harga RM10 seekor,
sementara ikan selayang segar beku dijual dengan harga RM9 sekilogram.
Program Jualan Sentuhan Rakyat diperkenalkan pada bulan
Januari tahun ini berikutan keluhan yang semakin meningkat akibat kenaikan
harga barangan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Hamzah Zainuddin berkata, sebuah keluarga dengan empat anggota dapat membeli
empat barangan menerusi program itu termasuk ayam dan ikan dengan hanya RM85.
Disember lalu, golongan selebriti seperti Sheila Majid
menimbulkan kebimbangan mereka mengenai kos kenaikan harga barang, menyebabkan
isu diperdebatkan di Perhimpunan Agung Umno.
Awal bulan lalu, Ameer Ali Mydin – pengarah urusan
hypermarket popular Mydin berkata angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK )
yang tinggi di negara ini tidak menggambarkan kuasa beli bagi pengguna dan
orang ramai kurang berbelanja.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel