Connect with us

Berita Lain

Mahathir Bawa ‘Hadiah’ Kepada Rakyat


KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat mengumumkan kawasan yang akan ditandinginya pada PRU14 ini demi menjamin kesejahteraan rakyat.

Tun Mahathir sebelum ini dikhabarkan akan berentap di Langkawi, Kubang Pasu dan Pekan namun sehingga hari ini beliau belum mengumumkan keputusannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Saya belum buat keputusan lagi, mungkin saya akan bertanding di ketiga-tiga atau lima tempat.

“Alasannya mudah saja kerana apabila saya kata nak bertanding di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan pergi ke kawasan itu bawa duit, bawa barang malah motosikal kepada orang ramai,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Parlimen, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kunjungannya ke mana-mana kawasan akan membawa ‘hadiah’ kepada rakyat membuatkan mereka berterima kasih atas setiap lawatannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Jadi orang ramai semua berterima kasih kepada saya kerana apabila saya pi  kempen di situ, Najib bagi sumbangan. Itu sebabnya saya tak boleh beritahu lagi nak bertanding di mana.

“Saya nak pi rata-rata tempat, bila saya pergi saja Najib datang dengan hadiah malah rumah pun boleh dapat percuma,” ujarnya berseloroh.

#prusinar
#aparakyatmahu

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel