Connect with us

Berita Lain

Mahathir Dicabar Terjah Siri Jelajah 1MDB


KUALA LUMPUR- Satu artikel yang diterbitkan dalam portal BN
hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membuat kejutan dengan hadir
di siri jelajah 1MDB yang sedang diadakan bagi memberikan taklimat dan menjawab
pelbagai soalan berkaitan firma pelaburan negara itu.

“Alangkah menariknya jika ketika program itu diadakan,
pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Mahathir boleh membuat kejutan dengan
hadir ke program tersebut.
“Mahathir boleh datang tanpa jemputan pada majlis penerangan
oleh Arul Kanda ini dengan membawa bersama-sama bukti dan tuduhannya terhadap
1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mahathir boleh cakap ‘depan-depan’ dengan Arul,” kata
penulis yang menggunakan nama Beruang Biru di theRakyat, yang mendakwa ia
sebagai portal rasmi PRU14 BN.
Menurut penulis, jika Mahathir sedia membuat kejutan di
wacana Sinar Harian yang bertajuk “Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?”,
maka beliau boleh melakukan perkara sama pada program taklimat mengenai 1MDB
oleh Arul Kanda.
“Mahathir boleh bertekak atau mempersoalkan jawapan Arul dan
beliau boleh tunjukkan sekali bukti-bukti yang diperkatakan mengenai 1MDB
selama ini.
“Bila sudah bertemu (dengan Arul Kanda), Mahathir tidak
perlu lagi menggunakan alasan ‘saya dengar’ atau ‘saya diberitahu’ tatkala
beliau menyerang 1MDB ataupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,”
katanya.
Selain itu, menurut penulis, Dr Mahathir boleh menyatakan
sekali apakah tuduhan khusus terhadap perdana menteri mengenai 1MDB yang boleh
dibawa ke mahkamah.
“Masalahnya selama ini pihak yang dituduh pula diminta
mengemukakan bukti sedang mereka yang menuduh gagal membawa sebarang fakta,
sebaliknya lebih bersandarkan spekulasi,” kata Beruang Biru.
Penulis itu mendakwa isu 1MDB telah dimainkan secara
persepsi oleh Dr Mahathir dan penyokongnya seolah-olah amat mudah untuk wang
beralih tangan.
Katanya, bagi mereka yang tidak tahu tentang urusan korporat
sudah tentu akan mempercayai segala dakwaan itu dengan mudah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Seperti kata Arul Kanda, kesilapan membuat keputusan
korporat (bad corporate decision) sememangnya ada tapi itu bukan satu jenayah.
“Cuba lihat kepada Proton, ia tersilap dalam urusannya
selama 30 tahun dan sentiasa meminta bantuan dari kerajaan sehingga RM13
billion perlu disalurkan untuk membela Proton.
“Hanya menerusi isu 1MDB, ia dijadikan alat sabotaj oleh
Mahathir untuk menjatuhkan Najib kerana beliau enggan menjadi ‘pak turut’
kepada Mahathir.
“Dalam hal ini, eloklah jika Mahathir dapat menghadirkan
diri pada sesi penerangan mengenai 1MDB ini,” kata Beruang Biru sambil menambah
ini tentunya menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu ramai. – Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel