Connect with us

Berita Lain

Mahathir Sah Pecah Rekod PM Tertua Di Dunia!


CIPTA SEJARAH… Ketika negara-negara Barat yang lebih maju
waima negara-negara Afrika yang agak mundur cenderung memilih pemimpin berusia
muda, lain hal pembangkang di Malaysia.

Umum maklum Pakatan Harapan (PH) pada 7 Januari lalu
bersetuju menamakan bekas negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana
menteri yang ketujuh jika blok itu menang Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.
Cadangan yang di luar jangkaan itu bukan sahaja mengejutkan
penganalisis politik tempatan bahkan menjadi bahan jenaka di seluruh dunia
apabila Malaysia bakal mendapat perdana menteri baharu yang berusia hampir 100
tahun!
Untuk rekod, perdana menteri paling tua di dunia ketika ini
masih lagi disandang Morarji Ranchhodji Desai apabila tokoh pembangkang
terkenal India itu menjadi ketua kerajaan negara tersebut pada 1977 lalu dalam
usia 81 tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau yang menjadi perdana menteri sehingga 1979, turut
melakar sejarah kerana mengakhiri pemerintahan parti pengasas kemerdekaan
daripada penjajahan British iaitu Kongres Kebangsaan India yang berkuasa sejak
1947.
Namun Guinness World Records turut memperakui Philippe
Petain yang pernah mentadbir Perancis pada 1940 semasa sudah berumur 84 tahun
sebagai ketua kerajaan tertua di dunia setaraf jawatan perdana menteri ketika
ini.
Malangnya rekod itu dipertikai banyak pihak kerana pentadbir
rekod antarabangsa tersebut tidak pula mengiktiraf Aneerood Jugnath yang
dilantik sebagai Perdana Menteri Mauritius pada 2014 lalu juga dalam usia 84
tahun.
Bagaimanapun, jangan bimbang kerana rekod itu bakal pecah di
Malaysia pula tahun ini jika mengikut impian aneh pihak PH yang mendakwa
Mahathir, 92, tiada masalah besar menewaskan kerajaan dan menjadi perdana
menteri.
Hakikatnya, pembangkang empat parti komponen yang tidak
disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu tiada pilihan selain memupuk
politik kebencian dalam kalangan rakyat untuk menakluk negara ini pada PRU
ke-14.
Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, PH
sedar mereka tidak akan menang pada PRU akan datang dan sebab itu muncul
manifesto berbaur populis dengan harapan ada terpesona untuk mengundi mereka.
“Manifesto PH semata-mata bersifat populis kerana mereka
tahu pada PRU ke-14 nanti, mereka akan gagal. Itulah wujudnya lambakan
manifesto yang populis… Mana tahu kot-kot ada juga orang terpesona hendak undi
mereka!
“Cuma saya nak jelaskan. Belum pernah berlaku dalam sejarah
seorang berumur hampir 93 tahun dijanjikan untuk menjadi perdana menteri,
kemudian dijanjikan memegang pimpinan selama dua penggal bersamaan 10 tahun.
“Bayangkan 93 tahun tambah 10 tahun lagi, kita bakal ada PM
berumur 103 tahun… Ini adalah sejarah. Melainkan, PH diketuai Mahathir buat
pusingan U kerana berpegang kepada konsep ‘manifesto itu bukan janji’,”
sindirnya.
Budiman berkata demikian pada forum anjuran laman Mykmu.net
bertajuk ‘Manifesto Pakatan: Realiti atau Ilusi’ yang menampilkan editor portal
Agendadaily, Helme Hanafi bertindak sebagai moderator di ibu negara semalam.
Turut hadir sebagai ahli panel ialah Exco Pemuda UMNO
Malaysia, Datuk Nazir Akhtar Husien dan pensyarah Universiti Utara Malaysia KL,
Prof. Madya Dr. Noor Sulastry Yurni Datuk Ahmad Othman Yeop Abdullah.
Tambah Budiman, PH membuat janji populis kerana jelas tiada
pengalaman dalam memeritah negara bahkan telah dipahatkan di dalam minda
mereka, sebagai pembangkang mereka hanya layak menjanjikan bulan dan bintang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“PH sendiri pernah memegang kata bahawa manifesto itu bukan
janji, rentetan daripada isu lebih 2,000 orang ibu tunggal di Selangor menuntut
janji kerajaan negeri itu bantuan RM100 ringgit jika berjaya memerintah
Selangor.
“Tapi, mahkamah rayuan telah memutuskan bahawa manifesto itu
memang pun bukan janji. Maka pembangkang berpegang kepada kata-kata mahkamah
itu. Kalau ikut sejarah, manifesto PH boleh dipersoalkan integritinya.
“Di peringkat awal lagi manifesto mereka boleh
dipersoalkan,” kata Budiman. Tambahnya, Mahathir pernah berkata Melayu mudah
lupa, kata-kata seolah ditujukan kepada dirinya sendiri kerana kini beliau
sering membuat U-turn.
“Mahathir pernah kata Melayu mudah lupa. Ini beri gambaran
kepada dia yang mudah tabur janji dan mudah lupa. Kebetulan pula diputuskan
pihak mahkamah bahawa manifesto ketika kempen PRU itu juga bukan janji,
“Justeru mereka berasa boleh buat apa saja. Laksana atau
tidak, itu perkara nombor dua!” jelas Budiman dalam nada sinis sebagai merujuk
kepada manifesto PH yang dilancarkan baru-baru ini. 

– Mynewshub.cc

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel