Connect with us

Berita Lain

‘Malaysia Hancur Dalam Dua Tahun Jika Pembangkang Menang’


Malaysia akan hancur dalam tempoh dua tahun sekiranya
pembangkang mengambil alih pemerintahan negara selepas pilihan raya umum ke-14
(PRU14) nanti.
Senator Tan Sri Ibrahim Shah Abu Shah berkata beliau yakin
perkara itu tidak mustahil berlaku jika dilihat kepada beberapa faktor,
terutamanya manifesto pembangkang yang tidak menekankan visi negara tetapi
lebih menjurus kepada soal peribadi.
“Dalam PRU14, kalau Barisan Nasional (BN) kalah, I give
you two years only, this country will be destroyed (dalam masa dua tahun
sahaja, negara ini akan musnah. Saya beri jaminan (ini) sebagai seorang
pemerhati politik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tengok manifesto mereka (pembangkang) sudah cukup,
banyak perkara yang bercanggah dan berkaitan dengan kepentingan peribadi.
“Apa tujuan mahu jatuhkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib
Razak). Bukankah ia dilihat bersifat personal, dendam, marah,” katanya
ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong
pada sidang Dewan Negara, semalam.
Beliau berharap rakyat memahami apa yang bakal berlaku
sekiranya pembangkang memerintah negara.
“Adakah ia sesuatu yang baik atau akan timbulkan
huru-hara dalam negara. Cuba fikir betul-betul. Saya nak semua rakyat faham,
kenapa kita nak hancurkan kebahagiaan kita, kebahagiaan anak cucu-cicit kita.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kalau ada salah sekalipun, kita betulkan kesilapan itu,
kita perkukuhkan balik. Itu tugas kita sebagai bapa atau ibu, saya harap semua
rakyat Malaysia sedar dan semua kaum jangan dipergunakan,” katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung hari ini.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel