Connect with us

Berita Lain

‘Minta Maaf Pada Azeez Rahim? Tolonglah’


KUALA LUMPUR –  Ketua
Menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkeras tidak akan memohon maaf kepada
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung isu terowong
dasar laut di Pulau Pinang.
Guan Eng, bertegas tidak mahu memohon maaf kepada Abdul
Azeez yang memberi kata dua kepadanya sama ada meminta maaf secara terbuka atau
dikenakan tindakan saman fitnah.
“Minta maaf pada siapa? Azeez Rahim? Tolonglah!” kata
Guan Eng sambil menggeleng kepala.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu Abdul Azeez yang juga merupakan Ahli Majlis
Tertinggi Umno dalam satu sidang media memaklumkan telah mengarahkan peguamnya
menghantar surat tuntutan saman kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Arahan ini dikeluarkan susulan tindakan Guan Eng yang
memfitnahnya berhubung isu terowong dasar laut di Pulau Pinang menerusi laporan
berita yang disiarkan oleh media.
Menurut Pengerusi Lembaga Tabung Haji itu, surat tuntutan
tersebut sudah dihantar ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga kediaman
Ketua Menteri, petang semalam.
“Saya bagi tempoh empat hari untuk Guan Eng mohon maaf
secara terbuka di depan media atau saya akan teruskan saman fitnah ini,”
tegasnya.
Tambah beliau, dalam tuntutan saman yang dihantar oleh
peguam kepada Guan Eng adalah supaya Ketua Menteri Pulau Pinang itu menarik
balik semua kata-kata fitnah terhadap dirinya, Umno dan Tabung Haji termasuk
rakyat Baling.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Saya juga telah meminta beliau akujanji untuk tidak
mengulangi kata-kata fitnah sedemikian rupa terhadap saya.
“Seterusnya saya meminta memberi saya senarai dari mana
beliau mendapat sumber maklumat jika beliau ada,” katanya.
Menurutnya lagi, tindakan Guan Eng itu berniat jahat dan
cuba mengelirukan rakyat dengan mengaitkan Umno dan Tabung Haji dalam isu
pembinaan terowong dasar laut itu.
Sebelum ini syarikat kontraktor, Konsortium Zenith
Construction Sdn Bhd telah memohon maaf dan menarik balik tuduhan rasuah ke
atas Abdul Azeez berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Syarikat tersebut juga berjanji akan berusaha untuk
membersihkan semula nama ahli Parlimen Baling itu.



– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel