Connect with us

Berita Lain

Misteri Budak 4 Tahun Hilang Selepas Kemalangan Akhirnya Terbongkar


Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui
selamat di bawah jambatan selepas lebih sejam usaha mencari dijalankan anggota
Bomba dan Penyelamat Kuala Berang.
Tengku Muhammad Ridhwan Tengku Rohaizak itu ditemui tanpa
pakaian pada jarak kira-kira tujuh meter daripada kenderaan yang dinaikinya
yang terjunam ke dalam gaung dalam kejadian di KM 391.8 LPTII, pagi tadi.
Nahas yang berlaku kira-kira jam 8.15 pagi itu turut meragut
nyawa bapa saudaranya
Difahamkan, kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki
kanak-kanak itu dalam perjalanan dari arah Ajil ke Bukit Besi bersama seorang
lelaki dipercayai bapa saudaranya, Mohd Sobri Mohd,38, serta seorang wanita
dipercayai ibunya, Rozita Mohd, 36.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu Mohd
Sabri dikatakan terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira
tujuh meter sehingga menyebabkan kesemua mereka tercampak antara tiga hingga
lima meter daripada kenderaan.

Lelaki dan wanita yang alami kecederaan ditemui pasukan
penyelamat berhampiran kenderaan sebelum segera dibantu untuk dibawa ke
Hospital Hulu Terengganu(HHT) bagi dapatkan rawatan, namun kelibat penumpang
kanak-kanak tidak ditemui.
Rentetan daripada itu, usaha mencari dilakukan pasukan
penyelamat sebelum akhirnya membuahkan hasil apabila kanak-kanak itu ditemui
selamat namun tanpa berpakaian dan duduk dalam keadaan terpingga-pingga di
bawah jambatan Sungai Padi.
Kanak-kanak berkenaan yang beralamat di Felda Kerteh 6 itu
turut dibawa ke HHT untuk dapatkan rawatan dan difahamkan bapa saudaranya yang
juga beralamat di Felda yang sama meninggal dunia di hospital.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan
Penyelamat Kuala Berang, PBK II Mohd Salleh Abdullah berkata pihaknya menerima
panggilan berhubung kejadian kemalangan itu jam 8.35 pagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Menaiki sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota, kami
bergegas ke lokasi. Sebaik tiba, didapati kemalangan melibatkan sebuah pacuan
empat roda berwarna hitam yang terjunam ke dalam gaung.
“Dua mangsa lelaki dan perempuan dilihat terbaring dalam
jarak antara tiga hingga lima meter dari kenderaan. Pihak Bomba dan Penyelamat
Malaysia seterusnya turut terlibat dalam operasi mencari seorang lagi mangsa
libatkan kanak-kanak lelaki.
“Kanak-kanak berkenaan berjaya ditemui salah seorang anggota
bomba dan operasi tamat jam 10.28 pagi. Antara pihak turut terlibat ialah
polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta pihak LPT II,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel