Connect with us

Berita Lain

“Mohon Hembuskan Aku ke Syurga Dengan Doamu Jika Namaku Gugur Dahulu di Lauhul Mahfuz” ~ Kesihatan Bob Lokman Menurun


PELAKON dan penulis lirik, Bob Lokman berkongsi keadaan
kesihatannya sekarang yang dilihat semakin menurun.
Bob atau atau Mohd Hakim Lokman, 54, menerusi laman
Facebooknya berkata dia menyedari kegembiraan yang dilaluinya sebelum ini sudah
tidak seperti dahulu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Assalamualaikum Sahabat. Aku jumpa doktor lagi hari ni,
rutin seorang tua. Selepas segala kegembiraan dan kesedapan aku lalui, standard
sudah berubah.
“Selera makanan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai
ke peringkat menunggu… Kau fahamlah. Cuma masih ada rasa untuk mencari peluang
terbaik seterusnya.
“Sahabat, hari ini kau semua datang kembali dalam realiti,
kenangan dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai di sini,
cuma mungkin aku yang akan mendahului dengan faktor yang aku miliki,” tulisnya.
Dalam pada itu, Penulis lirik lagu Isabella nyanyian Amy
(Search) ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
membantunya.
Malah, Bob juga berpesan kepada pengikut di laman sosialnya
untuk mempertahankan agama Islam.

“Sahabat, terima kasih atas segala bantu dan aku membalas dengan
mohon hembuskan aku ke syurga dengan doamu jika namaku gugur dahulu di Lauhul
Mahfuz.
“Dan aku berpesan dalam kelemahan… pertahankanlah Islam…
kerana itulah benteng terakhir yang aku perjuangkan,” katanya.


Rata-rata pengikut di laman sosialnya mendoakan agar Bob
sembuh dengan cepat dan diberikan kekuatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini, Bob ditahan di UiTM Private Specialist Centre
Sungai Buloh akibat masalah jantung bengkak dan paru-paru berair pada awal
Januari lalu.
Menerusi laporan mStar Online pada 5 Januari lalu, Bob
memberitahu ada menerima sumbangan daripada orang awam.
Selain itu, dia juga menerima bantuan kewangan daripada
saudara mara dan teman-teman rapat serta pendapatannya sebagai penceramah
program motivasi yang diterima turut digunakan untuk menyara keluarga.
Sumber: mstar.com.my

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel