Connect with us

Berita Lain

Motosikal Dibawa Pulang, Mayat Penunggang Ditinggalkan


KUALA LUMPUR 19 Mac – Mayat ditinggalkan di tempat kejadian
manakala motosikal dibawa pulang.
Itu yang dipercayai berlaku terhadap mayat seorang lelaki yang
disyaki dilanggar lari sebuah kereta dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi di
Kilometer 34.3, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dari arah USJ ke Klang, dekat sini
hari ini.
Mangsa yang berusia 31 tahun itu dipercayai menaiki
motosikal kerana terdapat topi keledar di sisinya. Bagaimanapun kende­raan
tersebut tidak ditemukan di lokasi kejadian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut sumber, polis yang melakukan siasatan akhirnya
menemukan motosikal tersebut di sebuah kediaman di PJS 6, Desa Menteri,
Petaling Jaya kira-kira pukul 4 petang dipercayai dibawa balik oleh rakan
mangsa yang juga merupakan abang kepada pemilik kenderaan tersebut.

Ujarnya, lelaki ter­­sebut yang sebelum itu bertemu dengan
mangsa di sebuah kedai tom­yam, dikatakan telah mem­bawa balik motosikal
tersebut secara senyap-senyap ketika orang ramai sedang mengerumuni mayat
mangsa di lokasi kejadian.
“Lelaki itu dikatakan meninggalkan mayat mangsa dan membawa
pulang motosikal dipercayai untuk menyembunyikan kejadian sebenar. Bagaimanapun
punca sebenar masih dalam siasatan. Polis telah merampas motosikal tersebut,”
kata sumber itu.



(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten
Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital
Shah Alam untuk bedah siasat.
“Kita sedang menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
dan memohon saksi yang me­nyaksikan kejadian menghubungi pegawai penyiasat
Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222,” tambahnya.
Sumber: Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel