Connect with us

Berita Lain

Muhyiddin Persoal Status Jawatan Umno


PETALING JAYA – Bersatu mempersoalkan dakwaan Setiausaha
Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bahawa Umno mendapat kebenaran
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menangguhkan pemilihan parti melebihi
tempoh dibenarkan perlembagaan.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membangkitkan
persoalan adakah ROS mempunyai kuasa untuk mengizinkan tempoh pemilihan parti
dilanjutkan setahun lagi.
“Kalau sampai 19 April 2018 masih tak ada apa-apa
dibuat, maka soal berbangkit, apakah status mereka yang memegang jawatan dalam
Umno pada waktu itu? Bagaimana status Umno sendiri dalam soal ini?

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Betulkah Tengku Adnan dah dapat kebenaran ROS?
Benarkah ROS secara rasmi dah membenarkan Umno untuk tangguh pemilihan? Soal
beliau ketika sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu Muhyiddin berkata, pada 27 Februari baru-baru ini,
Setiausaha Agung Umno mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Tertinggi Umno telah
memutuskan untuk menangguhkan pemilihan Umno selewat-lewatnya pada 19 April
2019.
“Hal ini bermakna pemilihan Umno akan ditangguhkan
melebihi tempoh 18 bulan, keputusan penangguhan ini kononnya telah mendapat
kelulusan ROS.
“Keputusan Majlis Tertinggi Umno menangguhkan pemilihan
parti melebihi 18 bulan jelas bercanggah dengan Fasal 10.16 Perlembagaan Umno.
“Kedua adakah benar ROS berikan kebenaran untuk
tangguhkan pemilihan parti melebihi tempoh dibenarkan oleh perlembagaan parti
itu,” desak Muhyiddin.
Tambahnya, ini adalah tindakan timbal balik yang
mempersoalkan keadilan ROS mendepani parti-parti politik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kita pulangkan paku buah keras kenapa wujud layanan
berbeza dalam isu pertubuhan politik antara Umno dan Bersatu.
“Waktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak buat
keputusan saya masih dalam Umno lagi, sepatutnya semua mesyuarat Umno bahagian
dan cawangan selesai dalam bulan April.
“Kononnya nak fokus pada pilihan raya umum tapi sampai
sekarang tak buat lagi. Pilihan raya penting tapi perlembagaan tak penting?
“ROS mesti merujuk perlembagaan.Bersatu minta tangguh
persidangan agung tahunan , ROS tidak benarkan.Isunya apa status jawatan ahli
dan pimpinan Umno itu sah atau luput?, katanya.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel