Connect with us

Berita Lain

Muhyiddin: Umno Johor Retak Menanti Belah


PETALING JAYA: PPBM yakin Johor yang dulunya kubu kuat Umno
kini bukan lagi dan mereka hanya menunggu masa untuk melakukan perubahan.
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun penyokong
Umno tidak menyatakan sokongan secara langsung pada Pakatan Harapan (PH) tidak
bermakna mereka akan terus setia pada parti itu pada pilihan raya umum ke-14
(PRU14).
Beliau berkata masih ramai penyokong Umno khuatir untuk
melakukan perubahan atau menyatakan sokongan secara terbuka kerana takut
kehilangan jawatan dan bantuan yang diterima selama ini.
“Jika menyatakan sokongan pada pembangkang ada yang berfikir
mereka akan kehilangan jawatan yang mereka dapat, tidak mendapat bantuan
subsidi seperti baja, bantuan, elaun dan banyak perkara lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tetapi berdasarkan gerak kerja kita di kawasan akar umbi,
walaupun mereka dalam Umno tetapi mereka tidak menolak untuk menunggu masa yang
sesuai untuk melakukan perubahan,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata gerak kerja PPBM Johor mendapati sokongan
kepada parti selain Umno seperti di penempatan Felda telah berubah dan semakin
diterima baik.
Pemerhatian itu juga disokong oleh badan pemikir seperti
ISEAS-Institut Yusof Ishak, Ideas dan Merdeka Centre, menunjukkan kebanyakan
sokongan kepada Barisan Nasional (BN) semakin menurun.
Sebaliknya kajian mendapati sokongan kepada PH semakin
meningkat berbanding ketika gabungan pembangkang itu ditubuhkan kira-kira
setahun lalu.
“Jadi saya rasa istilah Johor merupakan kubu kuat Umno sudah
tidak berlaku lagi,” katanya.
Penerimaan warga Felda positif
Ahli Parlimen Pagoh berkata sesuatu yang mengejutkan apabila
warga Felda semakin positif menerima PH, berdasarkan kunjungan ke
kawasan-kawasan Felda.
“Kami terkejut apabila mereka sebenarnya mengalu-alukan
kehadiran kami. Ini merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini
berikutan Johor telah dikenali sebagai kubu kuat BN. Umno dilahirkan di Johor
jadi sentimen itu agak kuat,” katanya.
Beliau berkata jika dahulu pembangkang tidak dialu-alukan
sama sekali tetapi kini tidak lagi.
“Kami juga boleh duduk semeja makan bersama imam di masjid.
Mereka rasa susah disebabkan dasar kerajaan yang lemah dan rasa terbeban dengan
kenaikan kos sara hidup yang tinggi disebabkan GST, menyebabkan mereka
berbelanja lebih daripada kemampuan,” katanya.
“Pada dasarnya mereka mengalu-alukan kami,” tambahnya.
Menurut Muhyiddin, penerimaan itu secara mudah dilihat
apabila bendera-bendera PPBM dan PH yang dipasang di kawasan Felda 2 atau 3
hari sebelum program diadakan tidak diganggu atau dialihkan.
“Di ceramah-ceramah kami ramai peneroka yang hadir. Walaupun
jumlah tidak besar tetapi kami yakin mereka datang sebab sokong dan mahu
berinteraksi dengan kami. Ini satu perkembangan yang positif,” katanya.
Kerusi penumbang dikenal pasti
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata PPBM telah mengenal pasti
kerusi Parlimen dan DUN yang boleh menumbangkan Umno pada PRU14.
“Terdapat 56 kerusi DUN di Johor dan sekarang PH mempunyai
16 kerusi DUN. Kami memerlukan 13 kerusi DUN bagi membentuk kerajaan negeri
iaitu 29 kerusi DUN.
“Kami telah kenalpasti lebih daripada 13 kerusi DUN dan kita
lihat sokongan daripada pengundi sangat mengalakkan di kerusi yang jadi sasaran
itu.
“Kami berharap dapat memenangi 29 kerusi ini bersama
rakan-rakan kami dalam PH iaitu DAP, PKR dan Amanah,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Muhyiddin menambah bagi kerusi Parlimen, PPBM juga telah
mengenalpasti 6 kerusi lagi yang diyakini dapat dimenangi pada PRU14.
Beliau berkata walaupun PPBM parti baru tetapi dengan
sokongan dan bantuan rakan PH yang lain akan memudahkan pergerakan partinya
untuk menumbangkan Umno.
“Sekarang kami mempunyai 6 kerusi bawah PH dan kami telah
kenalpasti 6 lagi lagi kerusi Parlimen yang kini dimenangi Umno pada PRU13,”
katanya.
Muhyiddin bagaimanapun enggan mendedahkan 6 kerusi Parlimen
yang disasarkan pada PRU14.
PH memutuskan PPBM akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di
Semenanjung Malaysia, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan Amanah (27 kerusi).
PH memuktamadkan rundingan pembahagian 56 kerusi DUN di
Johor dengan PPBM diperuntukkan 18 kerusi, DAP diberi 14 kerusi, PKR serta
Amanah masing-masing mendapat 12 kerusi.
Pada PRU13 BN memenangi 38 daripada 56 kerusi DUN, DAP (13
kerusi), PKR (1 kerusi) dan PAS (4 kerusi).
Daripada jumlah tersebut 6 kerusi dimenangi BN dengan
majoriti bawah 2,000 undi.
Kerusi tersebut ialah Segamat (Datuk Seri Subramaniam KV
Sathasivam – 1,217), Muar (Datuk Razali Ibrahim – 1,646), Tebrau (Datuk Khoo
Soo Seang – 1,767), Ledang (Datuk Hamim Samuri – 1,967), Pasir Gudang (Normala
Abdul Samad – 935) dan Labis (Datuk Chua Tee Yong – 353).

– FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel