Connect with us

Berita Lain

Mukhriz Bidas Ketua Pengarah RoS


ALOR SETAR – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir membidas sikap pilih kasih Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan
(RoS), Surayati Ibrahim yang didakwa sengaja melengahkan pendaftaran parti itu.
Katanya, RoS berterusan memberi tekanan berhubung pembatalan
pendaftaran walaupun Bersatu mematuhi perlembagaan parti dan akta pertubuhan,
sebaliknya tindakan tidak dikenakan terhadap Umno yang jelas melanggar
perlembagaan parti itu.
“Kami hanya terima surat daripada RoS awal Mac. Sebelum ini,
sudah berkali-kali kami tulis surat secara rasmi, inilah kali pertama RoS
jawab, dalam tempoh lebih setahun. Itu pun, mereka minta lagi dokumen tertentu
yang sebelum ini telah pun diserahkan,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Berdasarkan kenyataan Surayati, Sabtu lalu, notis pembubaran
akan dikeluarkan jika Bersatu gagal menyerahkan minit mesyuarat cawangan,
bahagian dan Pusat termasuk penyata kewangan parti dalam tempoh 30 hari,
berkuat kuasa 28 Februari lalu.
Mukhriz sebaliknya menempelak sikap RoS yang tidak telus,
kerana surat berkenaan hanya diserahkan kepada pejabat Bersatu pada 7 Mac lalu.
“Surat itu bertarikh 28 Februari, tetapi kami terima pada 7
Mac. Kenapa serah lewat seminggu dan dinyatakan pula jika dalam tempoh itu
tidak berjawab, Bersatu berisiko dibubar. Ini satu ugutan yang tak sepatutnya
dikeluarkan oleh Ketua Pengarah RoS,” katanya.
Menurutnya, parti itu tidak melakukan sebarang kesalahan
seperti melanggar akta pertubuhan, malah mendaftar secara rasmi.
“Ia turut diperakui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
maksudnya kami berhak terlibat dalam PRU14 dengan menggunakan nama parti dan
lambang. Mengikut perundangan RoS tiada hak lakukan apa-apa selagi kami patuh
perlembagaan parti dan akta pertubuhan,” katanya.
Mukhriz turut kesal kerana Umno tidak dikenakan sebarang
tindakan apabila terbukti melanggar perlembagaan parti itu.
“Presiden kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pegang
jawatan Naib Presiden Umno, beliau juga Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan
Umno. Ketika itu, beiau terlibat dalam pindaan perlembagaan Umno, di mana
pemilihan Umno mesti berlaku sekali dalam 2/3 tahun (fasal 10.16), Majlis
Tertinggi Umno boleh tangguhkan pemilihan dengan alasan munasabah tidak lebih
dari 18 bulan,” katanya.
Bagaimana pun, sehingga kini Umno gagal mengadakan pemilihan
parti seperti dikehendaki perlembagaan parti itu.
“Tiada fasal dalam perlembagaan Umno yang benarkan menunda
pemilihan selepas 18 bulan ditunda. Jika hanya tangguh 18 bulan, tarikh
terakhir Umno mesti buat pemilihan adalah bulan April 2018,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Mukhriz berkata, sehingga hari ini, pemilihan peringkat
cawangan mahupun bahagian tidak dilakukan.
“Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor dakwa ada hantar surat penangguhan hingga 2019, kononnya dipersetujui
RoS. Kami juga bekas Umno, pernah terlibat dalam perlembagaan Umno, kami nak
tanya klausa mana yang membenarkan tangguh sehingga 30 bulan,” katanya.
Menurutnya, status Umno itu sudah dibangkitkan Bersatu
secara rasmi kepada RoS, dan berharap diberikan penjelasan sewajarnya.
“Rupanya ahli Umno pun keliru, ketika Bersatu serahkan surat
berkenaan, wakil Umno juga hadir untuk serah surat dari ketua umno cawangan,
mereka pun tertanya-tanya kesahihan status parti itu,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel