Connect with us

Berita Lain

Mukhriz Bohong Mengenai Analytica: Azrin Zizal


KUALA LUMPUR – Azrin Zizal, bekas pegawai media kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, telah membidas kenyataan Mukhriz semalam mengenai nasihat Cambridge Analytica bagi kempen BN Kedah untuk PRU13 sambil berkata ia adalah pembohongan secara terang-terang.

Menurut Azrin, kenyataan Mukhriz yang mendakwa bahawa beliau adalah pegawai medianya sehingga 2013 dan tidak lagi bersamanya apabila menjadi Menteri Besar Kedah adalah palsu sama sekali.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Saya bertugas untuk Mukhriz secara peribadi dan memberi nasihat komunikasi dan  strategi kepadanya sehingga 2015, termasuk semasa PRU13, dan selepas itu apabila beliau menjadi Menteri  Besar. 

Saya akan mengemukakan bukti jika beliau terus memalsukan kebenaran.

“Mungkin ketika Mukhriz terus menafikan tugas saya untuknya dan menafikan manfaat yang diperolehnya daripada nasihat yang saya berikan daripada Cambridge Analytica dan SCL Group bagi Kedah semasa PRU13, adakah beliau juga akan menafikan kemenangan dengan menawan Kedah dan  menjadi Menteri Besar?” kata beliau dalam satu kenyataan malam ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Semalam, Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Bersatu menafikan mempunyai sebarang hubungan antara beliau dan Cambridge Analytica serta mendakwa Azrin tidak lagi pegawai medianya apabila beliau menjadi Menteri Besar Kedah.

“Sudah  tiba masanya untuk Mukhriz berhenti memutarbelitkan fakta dengan sengaja untuk menyelamatkan dirinya dan tampil bersih, kata Azrin yang sekarang menerajui bahagian Asia Tenggara SCL Group, syarikat induk Cambridge Analytica. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel