Connect with us

Berita Lain

Mukhriz Saman Saya Kerana Tagih Simpati Rakyat – Tengku Sariffuddin


KUALA LUMPUR – Setiausaha Akhbar kepada perdana menteri
Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi
di sini bahawa bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir
memfailkan saman terhadapnya semata-mata untuk menagih simpati politik daripada
rakyat.
“Saya tidak tahu dan saya tidak faham tetapi saya percaya ia
adalah satu tindakan untuk menagih simpati politik daripada rakyat
semata-mata,” katanya menerusi pernyataan saksi yang dikemukakan di dalam
perbicaraan saman difailkan Mukhriz terhadapnya atas dakwaan mengeluarkan dua
kenyataan berunsur fitnah pada April 2016.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tengku Sariffuddin, 56, yang berkhidmat selama 27 tahun
sebagai setiausaha akhbar kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenyataan
media bertarikh 23 April 2016, yang diterbitkan di Facebook atas nama “PMO
Malaysia” adalah komen dan maklum balas terhadap kerjaya politik Mukhriz dan
bukan memfitnahnya.
“Saya percaya seorang pembaca yang waras akan lihat bahawa
kenyataan itu adalah komen dan respons saya dalam konteks perjalanan politik
plaintif iaitu kenyataan bahawa beliau tidak ada cita-cita untuk jadi perdana
menteri seperti yang dilaporkan dalam akhbar South China Morning Post.
“Di dalam kenyataan itu, saya tidak menyatakan apa-apa yang
menghina dan memfitnah beliau (Mukhriz) atau boleh mendedahkan beliau kepada
sebarang cemuhan awam,” katanya sambil menambah sebagai seorang pemimpin
politik, Muhkriz tidak seharusnya terlalu sensitif kepada analisis ataupun
pendapat tentang perkembangan politiknya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel