Connect with us

Berita Lain

Najib Yakin Sabah Terus Diterajui BN Pada PRU14


KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
yakin Sabah akan terus diterajui Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum
ke-14 (PRU14), namun mengingatkan anggota parti supaya tidak alpa dan terus
bekerja keras bagi memastikan kemenangan parti pemerintah itu.
Katanya, BN kini tertumpu terhadap pada tugasan untuk
memenangi hati pengundi dan arahan jelas telah diberikan untuk melaksanakan
tugasan itu.
“Saya yakin Sabah akan bersama BN, tetapi kita tak mahu
alpa dan leka atau terlalu yakin.
“Kita masih perlu bekerja lebih keras lagi, ”
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Perhimpunan Perdana
Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Sabah di sini, hari ini.
Najib turut berharap sambutan positif rakyat terhadap
lawatannya ke Sabah dapat diterjemahkan kepada sokongan rakyat kepada BN
sebagai kerajaan pada PRU14.
Alhamdulillah, sambutan dan reaksi rakyat amat positif. Kita
bukan sahaja memberi visi kepada rakyat, tetapi trek rekod penyampaian kita
selama ini tiada tolok bandingan.
Oleh itu, mandat baharu rakyat kepada kita (BN) akan
memastikan rancangan kita untuk rakyat dapat direalisasikan dengan sepenuhnya,
katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Najib berkata kerajaan BN telah memastikan permintaan rakyat
di Sabah telah ditunaikan dari segi kemajuan ekonomi, pembangunan
infrastrutktur dan keselamatan.
Katanya, Sabah mempunyai potensi besar untuk lebih maju dan
kerajaan mempunyai perancangan untuk memastikan masa depan Sabah lebih cerah
lagi.
Beliau juga berkata dari segi keselamatan, kerajaan berjaya
memulihkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan di pantai timur Sabah hasil
komitmen anggota pasukan keselamatan yang bertugas di sana.
Insya-Allah, keselamatan Sabah akan terus terjamin. Jangan
kita ubah keadaan sekarang yang sudah baik. Kerajaan tahu anda (rakyat di
Sabah) mempunyai sesuatu yang boleh memanfaatkan negeri dan negara, katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Najib sekali lagi mengulangi komitmen kerajaan BN terhadap
hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Saya tidak lupa komitmen saya. Saya ulang balik, kalau ada
kita terambil atau tidak sengaja ambil hak orang Sabah, kita nak pulangkan
balik.
Sebab Sabah tetap dalam Malaysia. Sabah merdeka dalam
Malaysia. Dan Sabah akan maju dalam Malaysia. Kerajaan BN akan jaga orang
Sabah, jangan bimbang.
Saya, Najib Razak, akan jamin hak orang Sabah, Insya-Allah,
katanya.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel