Connect with us

Berita Lain

Pagi Ambil Keputusan SPM, Petang Meninggal Dunia


SABAK BERNAM – “Kami semua terkejut sebab arwah
(Muhammad Adli) tiba-tiba rebah dan alami sesak nafas selepas tak sampai 10
minit main futsal,” demikian kata, Muhd Aizal Ros Azelan, 18, rakan kepada
Muhammad Adli Jalaludin, 18.
Muhammad Adli meninggal dunia di gelanggang futsal, di
sebuah taman perumahan di Sungai Besar, di sini , kira-kira jam 5.40 petang,
semalam.
Muhammad Aizal berkata, kesemua rakannya yang baharu
mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi semalam, tidak
menyangka arwah pergi buat selama-lamanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya jangka dengan membawa dia ke hospital, segalanya
selamat, namun, doktor mengesahkan arwah sudah tidak lagi bernyawa,”
katanya kepada Sinar Online.
Muhd Aizal berkata, dia dan Allahyarham bersama rakan lain
sempat meraikan kejayaan sempena keputusan SPM di Sekolah Agama Menengah Tengku
Ampuan Jemaah (SAMTAJ), di sini.
 “Pagi sebelum
kejadian, saya lihat arwah sangat ceria. Malah, dia sempat mengusik rakan lain
ketika mengambil keputusan peperiksaan.
“Arwah gembira sebab peroleh keputusan sederhana
cemerlang dalam SPM, walaupun pada awalnya bimbang jika dia gagal dalam subjek
matematik,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi rakan arwah, Muhammad Azib
Azman, 18, berkata, Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang mudah mesra dan
periang, selain tidak lokek membantu rakan sekolah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Katanya, arwah yang bekerja sementara di sebuah kedai makan
di pekan ini pernah menyatakan hasrat ingin menyambung pelajaran ke peringkat
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel