Connect with us

Berita Lain

Pelakon India Kagum ‘Gaya’ Dr M


PETALING JAYA: Nampaknya bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad bukan sahaja dipandang tinggi penyokong Pakatan Harapan (PH),
tetapi turut dikagumi pelakon dan pelawak terkenal India, Vivekh.
Vivekh, menerusi Twitternya, menyuarakan kekaguman terhadap
calon perdana menteri PH itu, walaupun beliau tersilap setahun berkenaan umur
Dr Mahathir.
“Perhatikan gaya berjalan Dr Mahathir, bekas perdana dan
pembina negara Malaysia moden, yang hebat itu pada umurnya 94 tahun,” tulis
Vivekh.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mahathir berumur 93 pada Julai ini.
Tweet Vivekh turut memuatkan video 30 saat Dr Mahathir di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Video itu ditonton sebanyak 18,300 kali, dikongsi 384 kali
dan disukai oleh 2,700 pengikut Vivekh.
Pelakon tersebut memenangi 3 anugerah Filmfare Best Comedian
kerana lakonannya dalam Run (2002), Saamy (2003) dan Perazhagan (2004).
Tweet berkenaan turut mendapat lebih 70 komen. Antaranya
daripada Nalini yang menulis: “Benar tuan…beliau orang terhebat Malaysia…Tun Dr
Mahathir yang kami kasihi! Kuasa negara ini. Terima kasih tuan.”
Seorang lagi pengikut Vivekh, Navinraja, memasukkan foto Dr
Mahathir mengayuh basikal, dan menulis, “Beliau masih berbasikal pada umurnya
sekarang”.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Ramai mengagumi bekas perdana menteri itu kerana tenaganya
yang tidak pernah berkurang walaupun pada umur beliau kini. Bagaimanapun jadual
ketat yang dilaluinya bagi menjana sokongan kepada PH kelihatan memberi kesan
ke atas kesihatannya.
Bulan lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung
Negara (IJN) kerana jangkitan paru-paru. Ia merupakan kali ke-2 dalam tempoh 19
bulan beliau mendapat rawatan untuk jangkitan sama. Kali terakhir beliau
menjalani rawatan dan pemerhatian itu pada Ogos 2016.
Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan koronari pada
1989. Pada 2007 beliau sekali lagi menjalani pembedahan pintasan jantung.


– FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel