Connect with us

Berita Lain

Penulis Blog Dilepas Tanpa Dibebaskan


AMPANG – Mahkamah Sesyen Ampang hari ini, melepas tanpa
membebaskan seorang penulis blog daripada pertuduhan memuat naik pautan
memaparkan gambar palsu perdana menteri di laman Facebooknya, tiga tahun lalu.
Hakim Suzana Husin membuat keputusan itu terhadap Abdul
Muhaimin Mohd Muhayedi, 30,  selepas
saksi-saksi pendakwaan gagal hadir pada prosiding perbicaraan kes berkenaan.
Terdahulu pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya,
Arunjothy memohon mahkamah menangguhkan prosiding perbicaraan tersebut pada
keesokannya, bagi memberi peluang saksi yang disenaraikan hadir memberikan
keterangan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, Peguam Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
yang mewakili Abdul Muhaimin membantah permohonan itu dan mencadangkan anak
guamnya dilepas tanpa dibebaskan.
Mengikut pertuduhan pada 18 Mei 2016, melalui laman profil
Facebook ‘Adam Mukhriz Muhayeddin’ secara sedar didakwa membuat dan memulakan
penghantaran komunikasi palsu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain,
jam 1 tengah hari pada 20 Oktober 2015.
Pautan itu kemudian dibaca oleh seorang blogger lain di Blok
A, Tingkat 5, No 8, Pangsapuri Ampang Mewah, Jalan Mewah 6, Ampang Jaya, di
sini, jam 9.45 pagi pada 22 Oktober 2015.
Abdul Muhaimin didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda
maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,
jika sabit kesalahan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun selepas dibebaskan, Abdul Muhaimin ditahan
semula dan didakwa sekali lagi serta mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
Syed Iskandar kemudian memaklumkan, pihaknya akan
mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk jabatan berkenaan
mengkaji semula pertuduhan tersebut kerana anak guamnya baru dibebaskan.
Kes tetapkan untuk sebutan semula pada 7 Mei depan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel