Connect with us

Berita Lain

Permohonan HARAPAN Terhadap ROS Didengar 5 April


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 5 April
untuk mendengar permohonan semakan kehakiman difailkan Pakatan Harapan bagi
mendapatkan perintah mahkamah supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(ROS) menjawab permohonan mereka mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai
pertubuhan berdaftar.
Hakim Datuk Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu di dalam
kamarnya dengan dihadiri peguam Michelle Ng, mewakili Pakatan Harapan dan
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang bertindak bagi pihak ROS.
Michelle ketika ditemui pemberita berkata tarikh yang
ditetapkan oleh mahkamah itu merupakan hari terakhir Dewan Rakyat bersidang
bagi penggal ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan
afidavit masing-masing sebelum pendengaran permohonan tersebut pada 5 April,”
katanya.
Pada 1 Mac lepas, mahkamah memberi kebenaran kepada Pakatan
Harapan untuk memulakan semakan kehakiman berkenaan.
Dalam permohonan yang difailkan pada 21 Feb lalu, Pakatan
Harapan menamakan Setiausaha Jawatankuasa Penaja pakatan itu, Datuk Saifuddin
Abdullah; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR Datuk
Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara
(Amanah) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus; dan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai pemohon manakala ROS
selaku responden tunggal.

Kesemua pemohon menuntut deklarasi bahawa tindakan ROS yang
tidak mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar dan membalas
surat bertarikh 6 Feb 2018 adalah bercanggah dengan kewajipan statutori dan
harapan sah mereka.
Mereka juga menuntut deklarasi tindakan itu tidak munasabah,
mala fide, dan menuntut perintah mandamus bagi mendesak ROS mendaftarkan
Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966
selain menuntut kos dan perintah lain yang sesuai oleh mahkamah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel