Connect with us

Berita Lain

PH Tanding PRU-14 Guna Satu Logo Parti Sekutu


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan
empat parti sekutu dalam gabungan itu akan bertanding menggunakan satu logo
atau simbol pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Keputusan itu akan menyaksikan calon PKR, DAP, Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) menggunakan logo atau
simbol salah satu daripada empat parti itu, lapor BH Online.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu
dicapai berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sehingga kini tidak memberi
jawapan terhadap permintaan untuk PH didaftar sebagai gabungan parti
pembangkang yang sah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini menumpukan
kepada isu ROS gagal menjawab permintaan untuk PH didaftarkan walaupun gabungan
itu sudah mengemukakan permohonan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi
perintah supaya jabatan itu menjawab permohonan mendaftarkan gabungan
berkenaan.
Beliau yang juga Pengerusi PPBM berkata, semua parti sudah menyatakan
kesediaan membenarkan logo atau simbol parti masing-masing digunakan, namun
kepemimpinan gabungan itu belum memutuskan logo atau simbol parti mana yang
akan digunakan calon bagi mewakili PH.
“Kita harap mahkamah akan memberikan pandangan terhadap
keengganan ROS itu. Buat masa ini , kita buat keputusan, PH akan menggunakan
satu logo saja dalam PRU-14.
“Ini keputusan kita iaitu semua parti akan guna logo
sama, sama ada diluluskan atau tidak (oleh ROS), kita akan tetap guna satu logo
sebagai identiti dalam PRU akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Galeri PPBM, Menara Yayasan
Selangor di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Hadir sama Presiden PKR, Datin Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail
dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, wujud juga kemungkinan calon PH akan
bertanding di bawah tiket PKR berikutan PPBM masih berdepan isu tindakan ROS
yang didakwa melengah-lengahkan proses pengesahan status mesyuarat tahunan
(AGM) parti itu.
Difahamkan adalah mustahil calon PH akan bertanding
menggunakan tiket DAP kerana mungkin boleh mengurangkan sokongan pengundi
Melayu, manakala Amanah berdepan isu parti baharu, sekali gus sukar untuk
menarik sokongan pengundi.
Mengulas isu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Dr Mahathir
berkata, pengagihan kerusi dalam kalangan parti sekutu hampir selesai dan
pihaknya akan membuat pengumuman dalam masa terdekat
.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel