Connect with us

Berita Lain

PM Mahu Teruskan Legasi Tun Razak


PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
berazam menjadikan legasi Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein
memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar termasuk golongan peneroka sebagai
landasan perjuangannya memerintah negara.
Menurut Najib, beliau ingin meneruskan legasi itu secara
menyeluruh kerana Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) 
sendiri amat dekat di hati ayahandanya.
 “Belum ada pemimpin
di negara ini yang mempunyai rumah model peneroka di hadapan rumahnya sendiri
di Seri Taman, malah sebelum meninggal, Allahyarham sempat berpesan supaya
model rumah peneroka itu mesti kekal untuk mengingatkan semua pihak termasuk
saya bahawa Felda dan pembangunan luar bandar adalah asas perjuangan Tun Abdul
Razak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

 Oleh itu sebagai
generasi terkemudian, wajib bagi kita meneruskan perjuangannya, saya tahu bukan
sahaja kita patut doakan rohnya, tetapi beliau juga mahukan perjuangan yang
telah diasaskan sebelum ini tidak mati dan tidak terkubur.
Sebaliknya terus membara sehingga hari ini dan pada masa
akan datang dan untuk ini kita perlu merancangkan program tambahan kerana dunia
kini telah berubah, dunia 60an dan 70an tidak sama dengan dunia hari ini.
“Keadaan sekitar mungkin berubah, tetapi semangat dan nilai
perjuangan kita tidak berubah sedikit pun… sebaliknya kita jadikan itu sebagai
azimat untuk terus dihayati dan teruskan perjuangannya,” katanya ketika berucap
merasmikan progam Jimat Belanja Dapur peringkat Kebangsaan di Padang Awam,
Bandar Dara Chini di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Fama Tan Sri Badruddin  Amiruldin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif
dan Pengerusi Hal Ehwal Felda Negeri Datuk Seri Abu Bakar Harun.
Untuk terus membela nasib masyarakat Felda, katanya,
kerajaan menjalin hubungan baik dengan kerajaan China dan India untuk
memasarkan hasil minyak sawit negara.
“Kalau China membeli RM1.3 bilion nilai minyak sawit, India
RM1 bilion, harga minyak sawit akan terus naik dan siapa yang senang…sudah
tentu masyarakat Felda kerana mempunyai pendapatan yang lebih.
Tetapi kalau dengar kata pembangkang apa sahaja yang kita
lakukan, dia nak batalkan kontrak dengan negara China dan kalau berbuat
demikian negara itu tidak akan membeli lagi minyak sawit daripada Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jika perkara itu berlaku, harga minyak sawit akan turun dan
apabila turun menggelupurlah peneroka semua. Tetapi di bawah pimpinan saya,
kerajaan akan teruskan perjuangan ini dan kerana itu kita perlu terus menyokong
kerajaan BN,” kata perdana menteri.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata keadaan itu jauh
berbeza dengan seorang pemimpin ‘ranum’ yang pernah memerintah negara sebelum
ini yang tidak pernah memikirkan tentang nasib masyarakat luar bandar.
“Saya dah kerja lama di bawah beliau, jadi saya tahu
perangainya…saya boleh baca satu persatu, 
dia tidak pernah berhasrat untuk bantu orang luar bandar, bukan nak
cakap tetapi apa yang saya lakukan pada masa kini jauh lebih baik daripada
pemimpin berkenaan.
Berdasarkan rekod, golongan peneroka, kita bagi lebih
insentif, begitu juga dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda saya beri
peruntukan RM2.7 bilion bagi tempoh 2011 hingga 2020 untuk membangunkan sistem
pengairan.
Malah tidak pernah dalam sejarah, pesawah dapat bayaran
bulanan RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian
padi, malah nelayan juga dapat insentif,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel