Connect with us

Berita Lain

PM Umum Sagu Hati Khas RM2,000 Kepada Setiap Kakitangan PNB


KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini mengumumkan pemberian sagu hati istimewa sebanyak RM2,000 kepada
setiap warga Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang akan mula disalurkan Mei
ini.
Najib yang juga Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB)
iaitu yayasan di mana PNB bernaung berkata, ia diberikan bagi meraikan ulang
tahun ke-40 dan pencapaian cemerlang syarikat pengurusan dana terbesar negara
itu sepanjang penubuhannya.
“Untuk sambut 40 tahun ini, bukan senang bukan selalu kita
boleh sebut 40 tahun, jadi sempena menyambut ulang tahun ini, saya ingin
umumkan sagu hati istimewa sebanyak RM2,000 kepada setiap warga PNB yang akan
dilaksanakan pada Mei ini.
“Jadi raya pun boleh disambut dengan meriah…Saya sekali
lagi ucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-40 kepada semua warga PNB, dan
saya yakin masa depan PNB akan terus cemerlang,” katanya dalam ucapan pada
sambutan ulang tahun ke-40 PNB di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut hadir Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul
Ghani dan Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Perdana menteri turut mengucapkan tahniah atas kejayaan PNB
mengekalkan pencapaian sepanjang penubuhannya dengan aset di bawah
pengurusannya kini mencapai RM279 bilion.
Najib berkata, PNB selama ini memainkan peranan penting
dalam menjayakan dasar-dasar induk kerajaan umpamanya Dasar Ekonomi Baharu
(DEB) khususnya dalam usaha mengagihkan kekayaan negara secara saksama kepada
semua rakyat.
“Prestasi dan kejayaan PNB adalah satu kebanggaan kepada
seluruh rakyat Malaysia. Kejayaan PNB juga boleh diukur dari sudut menjayakan
dasar induk kerajaan bermula dengan DEB khususnya dalam aspek pengagihan
kekayaan negara kita supaya lebih adil dan saksama.
“Instrumennya ataupun vehicle antara yang paling penting
adalah PNB sebab itulah hari ini bila kita sambut 40 tahun PNB, kita juga
sambut kejayaan dasar-dasar induk kerajaan untuk tentukan masyarakat yang lebih
adil dan saksama (kekayaan) dan kemudian untuk melihat kepada sebuah masyarakat
lebih kukuh dan bersatu padu,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau menarik perhatian bahawa satu
daripada unsur perpaduan adalah apabila setiap rakyat mempunyai pemilikan yang
saksama dan tidak ada golongan yang rasa terpinggir.
Dalam hal ini, perdana menteri berkata Malaysia telah
berjaya melaksanakannya, di mana statistik terkini menunjukkan bahawa
penyertaan bumiputera dalam bidang korporat sudah pun melebihi 23 peratus.
“Bila konsep DEB dilancarkan, saya masih ingat ayahanda saya
(Tun Abdul Razak Hussein) cuba menjelaskan DEB ini pada awal 70-an dalam
anologi mudah.
“Dia sebut bahawa ‘kita mesti kembangkan kek, apabila anda
berbuat demikian maka anda boleh berkongsi kek itu tanpa mengambil daripada
sesiapapun’ . Inilah satu formula yang telah bawa kita kepada kejayaan, bukan
sahaja PNB tapi kejayaan kita dalam mengagihkan kekayaan dengan lebih adil dan
saksama,” katanya.
Najib berkata, PNB bukan sahaja tidak pernah gagal membayar
dividen tetapi memberikan kadar dividen yang agak baik dengan jumlah dividen
dan bonus terkumpul yang dibayar sejak 1981 berjumlah RM171.85 bilion.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Ternyata penubuhan PNB telah berjaya meningkatkan tahap
sosioekonomi terutamanya golongan bumiputera. Atas kejayaan ini, saya ucap
tahniah kepada kepimpinan Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Datuk Abdul Rahman Ahmad
(Presiden dan CEO).
“Satu kombinasi baik…dan di samping itu saya nak ucap
tahniah kepada kepimpinan PNB sebelum ini…terima kasih atas sumbangan yang
begitu besar,” katanya.
Tambah Najib, pencapaian PNB juga secara tidak langsung
menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa Malaysia adalah negara yang gagal
dan menuju ke arah kebankrapan.
Sempena ulang tahun PNB, perdana menteri turut melancarkan
identiti korporat baharu PNB selaras inisiatif transformasi di bawah Pelan
Strategik STRIVE-15 syarikat berkenaan. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel