Connect with us

Berita Lain

Polis Akan Panggil Penganjur Perhimpunan Di Parlimen


KUALA LUMPUR – Penganjur perhimpunan yang diadakan di luar
bangunan Parlimen hari ini akan dipanggil kerana mengadakan perhimpunan tanpa
permit.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisiten Komisioner
Shaharuddin Abdullah berkata pihaknya telah mengenal pasti penganjur dan akan
memanggil mereka yang terlibat dalam masa terdekat.
“Polis akan jalankan siasatan kerana penganjur telah
melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012,” katanya kepada pemberita di sini,
hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata dianggarkan lebih 300 peserta menyertai
perhimpunan yang diadakan di Tugu Negara serta di luar bangunan Parlimen itu.
Menurutnya tiada 
sebarang insiden yang tidak diingini 
berlaku dalam perhimpunan yang bermula 8 pagi itu dan walaupun ada
sedikit kekecohan tetapi ia berjaya dikawal kira-kira 400 anggota polis
termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Perhimpunan dianjurkan Bersih 2.0 itu diadakan bagi
menyerahkan memorandum bantahan berkaitan cadangan persempadanan semula kawasan
pilihan raya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Memorandum berkenaan diserahkan kepada wakil  Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar
Amin Mulia di pintu pagar Parlimen oleh Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman Mohd
Saari. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel