Connect with us

Berita Lain

Projek RM1 Bilion Untuk Baling


PARLIMEN Baling terletak di kawasan pedalaman Kedah,
bersempadan dengan Pengkalan Hulu, Perak serta selatan Thailand.
Kemajuan di parlimen masih boleh diperbanyakkan, apatah lagi
lokasinya yang menjadi laluan utama warga utara untuk ke Pantai Timur.
Kedudukan strategik itu seharusnya meletakkan Baling lebih
maju dari apa yang dinikmati oleh penduduknya kini.

Begitu pun, Baling sentiasa panas dengan pelbagai
kontroversi politik terutama berkenaan parti-parti bertanding.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim,
demi memastikan pembangunan terus berlaku dengan pesat di parlimen itu,
sebanyak 20 projek berskala kecil dan besar telah dan sedang dilaksanakan
dengan peruntukan hampir RM1 bilion.
Menurutnya, antara projek terbabit ialah tebatan banjir
Kupang, hospital pakar, masjid daerah, Universiti Teknologi Mara (UiTM), projek
perumahan 1Malaysia dan loji air di Sungai Limau.

“Kita juga sedang membina sebuah jambatan di Kuala Pegang.
Tiga buah masjid juga dibina di Kampung Paya Besar, Kampung Tembak A dan
Kampung Lanai.
“Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pula berjaya dinaiktaraf
sebagai Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
(UniSHAMS),” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Tambahnya, bagi merancakkan ekonomi penduduk, sebuah kawasan
perindustrian akan dibangunkan di Mukim Tawar tidak lama lagi.
Abdul Azeez berkata, semua usaha dilakukan itu hasil
keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar,
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
“Saya mewakili rakyat Baling mengucap setinggi-tinggi
penghargaan kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Bashah. Semua usaha
kita buat ini ialah demi rakyat Baling,” katanya.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel