Connect with us

Berita Lain

PRU14: Kubang Pasu Kerusi Paling Panas?


Kubang Pasu dijangka bakal menjadi salah satu kerusi paling
panas pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti apabila nama Tun Dr Mahathir
Mohamad dicalonkan untuk bertanding di situ.
Walaupun belum dimuktamadkan, bekas perdana menteri itu
pernah menjadi anggota parlimen di Kubang Pasu selama 29 tahun sebelum beliau
tidak mempertahankannya pada PRU ke-11.
Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kubang Pasu
Mohd Hairy Md Saad memberitahu Malaysiakini nama Dr Mahathir disenarai pendek
untuk mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) di kawasan majoriti Melayu itu.
Katanya, lebih menarik, idea yang masih di peringkat
cadangan itu dilihat cukup untuk mewujudkan kegelisahan BN sehingga mereka
terpaksa membuat laporan polis apabila BERSATU ingin menganjurkan program.
Alasan BN, kata Mohd Hairy, program anjuran HARAPAN memberi
ancaman kepada keselamatan penduduk setempat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tidak cukup dengan itu Hairy berkata BN juga terpaksa
mengundang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semata-mata untuk meyakinkan
rakyat Kubang Pasu supaya kekal menyokong Umno.
“Sejak akhir-akhir ini banyak tekanan diberikan pihak BN
termasuk tindakan anggota JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)
membuat aduan kepada polis bagi mencari alasan untuk menyekat program
kami,” katanya.
Umno rasa terancam
Sebelum ini kata Mohd Hairy semua aktiviti BERSATU di Kubang
Pasu seperti penubuhan cawangan tidak mendapat sekatan daripada JKKK.
“Sekarang dah nak PRU, Umno mula melihat BERSATU kian
menjadi ancaman pada mereka.
“Pada saya rasa terancam itu ditunjukkan sehingga Umno perlu
membawa presiden mereka turun ke Kubang Pasu,” katanya.
Isnin lalu, Najib hadir melawat ke kawasan berkenaan dan
sempat memberi pesan kepada penduduk tempatan supaya tidak mempertaruhkan masa
depan negara dengan terperangkap dalam nostalgia dan sentimen terhadap pemimpin
terdahulu.
Najib berkata, apabila tiba masanya nanti rakyat perlu
membuat keputusan bijak dengan memilih parti yang terbukti kukuh dan mampu
membawa kemajuan kepada negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Parlimen Kubang Pasu merupakan salah satu kubu terkuat Umno.
Sejak 1974, hanya ada dua anggota parlimen yang berjaya mengisi kerusi di
kawasan itu iaitu Dr Mahathir dan penggantinya, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.
Dr Mahathir menjadi anggota parlimen di kawasan itu sejak ia
diwujudkan pada 1974 sehingga 2004.
Tempat itu diisi oleh Johari – yang juga bekas setiausaha
politik Dr Mahathir – pada PRU ke-11 dan sudah tiga penggal mempertahankan
kerusi berkenaan.
Kubang Pasu adalah salah satu kerusi yang disebut-sebut
berpotensi ditandingi Dr Mahathir, selain Putrajaya dan Langkawi.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel