Connect with us

Berita Lain

Rakyat Sarawak Tunggu Umum Pengambilan Hak-Hak Esok


KUCHING – Rakyat Sarawak tidak sabar menunggu cadangan
pengumuman esok oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
berhubung pengembalian hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
oleh kerajaan Persekutuan.

“Sarawak perlukan kuasa ini untuk mendapatkan lebih banyak
dana dan cara lebih baik untuk membawa lebih banyak pembangunan dan kemajuan
untuk rakyat, bukan mencetuskan sebarang masalah dengan kerajaan persekutuan,”
kata penganalisis politik, Datuk Peter Minos.

Minos, yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan
hari ini memberitahu Bernama, rakyat Sarawak amat gembira bahawa kuasa-kuasa
berkenaan yang telah hilang sejak lama akan dikembalikan kepada negeri ini.
Dengan kuasa berkenaan kembali di tangan kerajaan negeri,
beliau berkata hubungan persahabatan yang sebenar dan tulen akan terjalin
antara Sarawak dan Kuala Lumpur.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Abang Johari telah berusaha keras untuk mendapatkan semula
hak-hak itu, kata Minos dan menurutnya perkara itu dinyatakan dengan jelas pada
konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching bulan lepas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan perhimpunan agung
PBB telah berikrar untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang telah terhakis.
“Tiada perasaan bagi sebarang kehilangan. Saya fikir dan
percaya penuh bahawa langkah ini akan menjadikan Malaysia lebih baik dan lebih
hebat kerana salah faham dan perasaan tidak percaya akan lenyap,” kata
pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak itu.
Beliau berkata sepertimana ditegaskan Abang Johari, Sarawak
akan kekal sebagai sebahagian daripada Malaysia untuk selama-lamanya. Ini juga
dinyatakan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang telah membangkitkan isu
MA63 sebaik sahaja beliau menjadi ketua menteri.
“Mereka ikhlas berhubung perkara itu dan begitu juga rakyat
Sarawak, yang sepenuh hati menyokong langkah Abang Johari dalam mendapatkan
semula apa yang menjadi hak Sarawak daripada kerajaan Persekutuan.
“Hanya mahu mendapatkan semula apa yang menjadi milik
Sarawak dan tidak lebih daripada itu. Pihak yang mengatakan Sarawak keterlaluan
atau mendesak Kuala Lumpur berhubung isu itu sebenarnya tidak faham.
“Mereka melihatnya dari sudut yang salah. Apa juga milik
anda adalah hak anda dan itu adalah hakikatnya. Kami di Sarawak tidak sabar
menunggu apa yang Ketua Menteri Abang Johari akan nyatakan atau umumkan esok,”
kata Minos.
Naib Canselor Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS),
Prof. Datuk Khairuddin Abdul Hamid berkata cadangan pengumuman esok jelas
menunjukkan keikhlasan kerajaan Persekutuan untuk membantu Sarawak.
Ia juga merupakan inisiatiaf jujur ikhas di kedua-dua pihak
yakni kerajaan negeri dan Persekutuan yang telah saling bekerjasama sejak
sekian lama dan kerjasama itu tidak akan berakhir dengan pengumuman esok,
katanya.
Pengumuman esok mungkin berkaitan beberapa inisiatif yang
diambil untuk mengembalikan hak-hak Sarawak di bawah MA63 yang telah terhakis,
katanya.
“Saya percaya ia bukan dicetuskan oleh sebab hampir pilihan
raya umum. Ia telah diusahakan sejak sekian lama. Cuma mungkin sekarang baru
ada kesedaran, selama ini mungkin kita terleka,” katanya.
Khairuddin berkata beliau tidak menjangkakan pengumuman itu
akan membawa perubahan atau pembaharuan yang terlalu drastik, sebaliknya
mungkin berkisar kepada soal pentadbiran, misalnya berkaitan pendidikan yang
kini terikat dengan dasar yang digubal di Putrajaya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak
(Unimas), Profesor Madya Dr. Jeniri Amir berkata pengembailan kuasa itu dapat
dicapai kerana wujudnya hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan
persekutuan.
“Ramai rakyat negeri ini kurang faham bahawa proses
pengembalian hak ini sangat rumit dan memerlukan masa disebabkan isu ini sangat
komplek kerana ia membabitkan undang-undang negara dan hubungan kerajaan negeri
dan persekutuan,” katanya kepada Bernama.
Parti pembangkang mungkin akan cuba mempolitikkan perkara
itu kerana cadangan pengumuman itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin
hampir, katanya dan berharap parti pembangkang tidak berbuat demikian.
Jeniri berpendapat satu daripada hak yang akan dikembalikan
kepada Sarawak adalah berkaitan minyak dan gas yang sudah tentu akan
membolehkan Sarawak meningkatan pendapatan dan ekonominya, di samping
meningkatkan pendapatan rakyatnya.
Pensyarah Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Awang
Azman Awang Pawi berkata pengembalian hak-hak itu sesuai dengan dasar
keterbukaan Najib yang mahu melihat kemajuan lebih pesat di Sarawak dan juga di
Sabah. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel