Connect with us

Berita Lain

Rampas Parlimen, DUN Yang Kalah Di Selangor – TPM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melaungkan
keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) mampu merampas kawasan Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang tewas sebelum ini tanpa perlu
bergantung kepada persempadanan semula.
Keyakinan yang dilontarkan Timbalan Perdana Menteri itu
datang daripada kaedah kempen BN yang terus-terusan membawa pembangunan dan
perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat tanpa mengikut musim.
Katanya, selain itu, faktor utama untuk memenangi Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah semangat mahu menebus maruah dan kekalahan
lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beberapa kawasan DUN dan Parlimen yang akan dibentangkan di
Dewan Rakyat, jika tidak ditambah pun, BN mempunyai potensi yang cukup besar
untuk merampas DUN yang kalah dan kawasan Parlimen yang kalah sebelum ini.
“Kita bukan sahaja boleh rampas kerusi yang kalah malah BN
akan menambahkan jumlah undi bagi kerusi yang kita kuasai selama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Kenduri Rakyat di
Matang Pagar, Sungai Buloh dekat sini, malam tadi.
Ahmad Zahid turut berpesan kepada jentera BN supaya
melupakan sebarang persengketaan yang berlaku dalam setiap parti komponen dan
kini masanya untuk bergerak sebagai satu pasukan di bawah panji-panji BN.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Masalah titik bengik dalam kalangan parti komponen BN jika
ada harus dipadamkan dan diketepikan. Kita harus bergerak sebagai pasukan di
bawah panji-panji BN.
“Sokongan bukan sekadar sorak-sorai dan tepukan gemuruh
tetapi menterjemahkan sokongan dan semangat di kertas undi pada hari mengundi,
itu lebih penting,” katanya.
– UTUSAN ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel