Connect with us

Berita Lain

RoS Diminta Perjelas Status Umno

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin – Foto: The Malay Mail



KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) diminta
untuk mengesahkan status Umno yang didakwa telah melanggar perlembagaannya
sendiri.

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno
secara terang-terangan melanggar perlembagaan parti dengan menangguhkan
pemilihan parti melebihi tempoh 18 bulan seperti yang ditetapkan di dalam
perlembagaannya namun tidak diambil sebarang tindakan oleh RoS.
“Saya bercakap kerana saya pernah menjadi pengerusi
jawatankuasa perlembagaan Umno, jadi mereka tak boleh tipu saya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka (RoS) berkata hayat Umno masih ada, diluluskan oleh
RoS mengikut Fasal 10.17. Tapi bila kami semak balik dalam perlembagaan Umno,
tidak ada fasal itu, yang ada Fasal 10.16 sahaja,” katanya pada ucapan
perbahasan usul di Parlimen, sebentar tadi.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa RoS tidak
mengambil sebarang tindakan terhadap Umno.
“Kenapa RoS tidak ambil tindakan, adakah RoS hanya mengikut
telunjuk BN sahaja.
“Di mana keadilannya. Saya nak minta perkara ini
dijelaskan,” tegasnya.
Pada masa sama, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut
meminta penjelasan mengenai ancaman  RoS
terhadap parti itu. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Beberapa hari lalu, RoS menyerahkan notis di bawah Seksyen
14(2) Akta Pertubuhan 1966, mengarahkan Bersatu supaya menyerahkan beberapa maklumat
kepada mereka. Jika gagal mematuhi arahan dalam notis ini, kononnya Bersatu
boleh dibubarkan.
“Saya ingin bertanya kepada RoS, apa salah kami? Di mana
silapnya? Beritahulah kami. Sebagai sebuah parti politik yang berdaftar, kami
sentiasa patuh kepada undang-undang dan perlembagaan,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel