Connect with us

Berita Lain

‘Saya Akan Pergi Rumah Mahathir Raya Nanti’


SHAH ALAM – “Raya Aidilfitri nanti saya akan ke rumah Tun Dr
Mahathir Mohamad makan lemang, kalau nak marah dengan saya, marahlah, demikian
ungkapan  Penasihat Sosiobudaya Budaya
Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim.
Menurut Rais, sebelum beraya ke rumah bekas Perdana Menteri
keempat itu, beliau akan berkunjung ke rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak terlebih dahulu.
Bekas menteri kabinet itu turut mendedahkan bahawa sebelum
ini beliau ditegah untuk berkunjung ke rumah Tun Dr Mahtahir ketika negara di
bawah pimpinan, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Dulu saya di tegah untuk pergi ke rumah Tun Mahathir masa
itu Pak Lah berkuasa. Trend itu juga timbul, ia membawa sifat politik yang
membelahkan kesatuan pada hari-hari mulia seperti itu, sedangkan kita orang Islam
harus akur kepada asas agama,” katanya ketika sesi Facebook Live Sinar Harian,
semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum ini Rais 
pernah menzahirkan rasa sedihnya apabila hanya sebilangan kecil pemimpin
negara menziarahi pengebumian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid
hanya kerana perbezaan politik.
Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu
berkata, Allahyarham Sanusi adalah kawan kepada semua menteri yang ada dalam
kabinet sekarang.
“Sanusi bekas setiausaha agung Umno, bekas menteri besar
Kedah, menteri pertanian dan juga menteri pembangunan luar bandar jadi sahabat
beliau ada beratus-ratus dalam kerajaan sekarang.
“Jadi apabila sampai saya dapati dan tanya kawan-kawan tak
ada rakan lama yang hadir ini mengejutkan saya kerana tak ramai kawan-kawan
lama sampai,” keluhnya.
Menurut Rais, sepatutnya inilah masanya kita mengetepikan
perbezaan politik.
“Kita harus sama-sama mengucapkan selamat tinggal kepada
seorang yang telah berjasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tetapi trend di negara kita ini,  bila sudah berbeza pendapat, seseorang itu
tidak lagi bersama dengan pemikiran mereka maka dianggap bukan lagi kawan.Tak
baik buat begitu kerana yang tentukan itu ALLAH bukannya manusia,” tegur
beliau.
Beliau mengingatkan bahawa dalam urusan kahwin ,sakit,
lahir, meninggal dunia, sahabat tak boleh putus.
“Kalau ini tidak dapat dipegang oleh kawan-kawan dalam mana
parti poitik sekali pun tolong kembali kepada harkat yang sebenar.
“Kita hidup dalam pegangan Islam, hanya kerana berbeza
ideologi politik, hubungan silaturrahim tidak wajar diputuskan begitu saja,”
kata Rais.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel