Connect with us

Berita Lain

SPRM Mula Siasat Kes Duit Pengarah JSJ


SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
telah memulakan siasatan kes Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,
Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berhubung pembekuan akaun hampir RM1 juta
di Australia.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam
Baki berkata, siasatan dimulakan apabila mereka menerima laporan daripada
seorang pemberi maklumat.
“Siasatan dimulakan selepas mendapat maklumat daripada
‘whistle blower’ baru-baru ini.
“Kami dengar mengenai kes itu daripada satu sumber terbuka
dan tidak boleh terus mengambil tindakan,” katanya kepada Sinar Harian,
semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun Azam enggan mendedahkan identiti pemberi
maklumat itu kerana dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
2010.
Beliau mengulas laporan Sydney Morning Herald (SMH) Jumaat
lalu, yang melaporkan polis Australia membekukan A$320,000 (RM970,000) dalam
akaun ‘Goal Saver’ Bank Commonwealth milik Wan Ahmad Najmuddin kerana
mengesyaki ‘kemasukan wang tunai mencurigakan’ dalam akaun itu yang tidak aktif
selepas dibuka pada 2011.
Menurut laporan itu, kemasukan wang kurang daripada A$10,000
(RM30,310) bermula seminggu selepas Wan Ahmad Najmuddin melawat Australia pada
2016.
SMH melaporkan baki akaun Wan Ahmad Najmuddin bertambah
hampir A$290,000 (RM878,997) kepada A$320,000 (RM969,928) dalam tempoh sebulan,
menyebabkan pihak berkuasa mengesyaki wang itu adalah hasil kegiatan jenayah
atau pengubahan wang haram.
Memetik laporan The Sun, Azam berkata, sebelum ini mereka
menghormati siasatan dalaman polis dan kenyataan dibuat Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Kami akan mempertimbangkan, dan dengan maklumat terbaru
yang kami terima daripada pemberi maklumat itu semalam, kami akan memulakan
satu siasatan secepat mungkin,” katanya.
Ditanya lanjut berkenaan tempoh masa siasatan dan bila
pihaknya akan berhubung dengan polis Australia, beliau enggan mengulas.
“Biar kami buat kerja (siasat), dan siasatan sedang
berjalan,” katanya.
Ahad lalu, Ahmad Zahid berkata, Wan Ahmad Najmuddin
disifatkan sedikit naif berkenaan undang-undang dikuatkuasakan Kerajaan
Australia ketika menghantar wang pembiayaan pengajian dua anaknya ke negara
itu.
“Wang melebihi AUD$10,000 ke atas, yang dihantar ke negara
berkenaan perlu mendapat kebenaran khusus berdasarkan peraturan negara
tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Isu pembiayaan wang berkenaan timbul pada 2016 lagi dan
beliau telah memberi penjelasan kepada saya berkaitan perkara tersebut, dan
saya menerima penjelasan itu dengan yakin bahawa beliau adalah jujur.
“Cuma, beliau mungkin naif membabitkan undang-undang
berkaitan penghantaran wang pembiayaan itu kerana walaupun wang diperoleh hasil
jualan rumah, ia melebihi daripada jumlah dibenarkan Kerajaan Australia iaitu
hadnya adalah AUD$10,000,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
berkata, siasatan dalaman membersihkan Wan Ahmad Najmuddin daripada sebarang
salah laku pada 2016.
Katanya, siasatan itu berdasarkan dokumen sah yang
membuktikan dana dalam akaun bank di Australia itu hasil jualan rumah di Shah
Alam bernilai RM700,000 (kadar tukaran mata wang ketika itu berjumlah
A$260,770).
Beliau berkata, Wan Ahmad Najmuddin membuktikan deposit
dibuat ke dalam akaun itu daripada sumber dan tujuan sah.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel