Connect with us

Berita Lain

Tak Mustahil Tun M Ulangi Kemuncak Politik


SHAH ALAM – Menjangkau usia 93 tahun, adalah tidak mustahil Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mampu mengulangi pencapaian kemuncak dari sudut politik seperti yang pernah dilakukannya sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri sebelum ini.

Pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki berkata, terdapat beberapa aspek seperti kelancaran pertuturan dan kesihatan fizikal yang pasti akan terjejas akibat proses penuaan dan peningkatan umur, namun tiada siapa mampu menidakkan keupayaan Mahathir dari aspek kemampuan dan keupayaannya untuk berfikir.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Kalau kita lihat sekarang, mungkin tak seaktif dulu dari segi fizikal atau kelancaran pertuturan. Namun begitu, dari aspek keupayaan dan kebijaksanaan Mahathir masih ada, kita tak boleh nak menidakkan aspek ini.

“Jika kita lihat kepada pemimpin muda hari ini selalunya mahukan sesuatu dengan cepat, punya kelebihan dari aspek fizikal namun aspek kebijaksanaan itu yang menjadi persoalan, imbangan ilmu pengetahuan di kalangan orang muda biasanya tak ada.

“Jadi imbangan-imbangan ini yang perlu diambil kira oleh rakyat, dan bagi saya tidak mustahil Mahathir mampu mengulangi pencapaian beliau sepertimana di zaman kemuncaknya jika diangkat menjadi perdana menteri seterusnya,” katanya ketika Program Wacana Sinar ke-53 – ‘Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?’ di Dewan Karangkraf, semalam.

Mat Saat berkata, dia tidak menolak kemungkinan tanggungjawab sebagai perdana menteri dari segi tugas keseluruhannya agak berat untuk dipikul oleh Mahathir dalam usia 93, namun perkara itu boleh dilakukan dengan cara tertentu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ramai yang katakan Mahathir terlalu tua malah menurut satu kajian di kalangan netizen juga, 60 peratus mengatakan beliau terlalu tua berbanding 40 peratus kata masih muda. Daripada itu, walaupun sampelnya mungkin kecil, kita boleh rumuskan kecenderungan rakyat Malaysia melihat beliau terlalu tua sebagai perdana menteri.

“Dari segi tugas sebagai perdana menteri mungkin agak susah. Tapi kita tahu Mahathir dikelilingi profesional dan pakar konsultan, banyak kali berlaku pendapat yang telah dipersetujui dikemukakan semula kepada pakar-pakar ini.

“Jadi proses pemikiran secara langsung itu dilakukan orang lain dan dia hanya membuat keputusan, dari segi itu tugasnya mungkin tak berapa berat,” katanya.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel