Connect with us

Berita Lain

Tak Sedar Rupanya Sudah Tiga Hari Tinggal Sebumbung Dengan Mayat


GEORGE TOWN – Penemuan mayat seorang wanita yang
disembunyikan di sebuah rumah di Flat Green Garden, Air Itam, di sini, sejak
tiga hari lalu, mengejutkan tiga penghuni lain di rumah itu.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemui disumbat di dalam
sebuah almari berkunci oleh dua lelaki warga Nepal yang menghuni rumah terbabit
selepas terhidu bau busuk dari ruang tamu.
Lapor Harian Metro, mangsa merupakan wanita warga Indonesia
yang dikenali sebagai Santi Restauli Simbolon telah dipercayai meninggal dunia
sejak tiga hari lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner
Anuar Omar, mangsa ialah teman wanita kepada salah seorang penghuni rumah
tersebut, yang merupakan seorang warga Nepal dikenali sebagai Sandip Garung.
Bagaimanapun, suspek berusia 27 tahun itu telah
menghilangkan diri dan kali terakhir suspek dilihat di rumah tersebut ialah
pada Sabtu lalu.
“Mangsa yang bekerja sebagai operator kilang itu dipercayai
dibunuh pada Ahad lalu, dengan kali terakhir dia dilihat di dalam rumah
terbabit oleh dua rakan serumah teman lelakinya, pada Sabtu.


“Mangsa menetap di tingkat 17 bangunan sama dan mayatnya
dikenal pasti melalui tata rias berwarna ungu di bahagian kukunya,” katanya.
Sementara itu, seorang jiran di kawasan flat berkenaan
mendakwa sering terdengar pergaduhan dari rumah terbabit setiap kali mereka
mabuk.
“Saya sering terdengar pergaduhan di rumah ini, terutamanya
ketika mereka mabuk. Bagaimanapun, saya tidak tahu apa punca pergaduhan kerana
tak mahu masuk campur,” katanya.
Anuar berkata, motif kejadian dipercayai akibat cemburu,
manakala siasatan awal ke atas mayat mangsa tidak menunjukkan sebarang kesan
kecederaan di bahagian luar tubuh mangsa.
Mayat wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau
Pinang untuk bedah siasat.
Tambah Anuar Omar, dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun yang
juga teman serumah suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen
302 Kanun Keseksaan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel