Connect with us

Berita Lain

Tanding Atas Tiket DAP, Tun M Khianati Melayu


KEMAMAN – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin
bertanding di atas tiket DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah satu
bentuk pengkhianatan terhadap  bangsa
Melayu, kata Ahli  Majlis Tertinggi Umno
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, ini berdasarkan hakikat bahawa pengerusi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang dahulunya menyifatkan DAP
sebagai sebuah parti rasis dan patut ditolak oleh orang Melayu.
“Dulu Tun M menganggap bahawa bagi orang Melayu, musuh
mereka adalah DAP… bukan saya kata tapi Tun M yang katakannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Ertinya (langkah Dr Mahathir) bekerjasama dan
memberikan ruang untuk negara ini diperintah oleh DAP adalah pengkhianatan
beliau kepada bangsanya sendiri jika saya gunakan prinsip yang digunakan Tun M
satu ketika dahulu (semasa menerajui negara),” katanya.
Beliau berkata demikian 
kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang
sanggup bertanding di bawah tiket mana-mana parti pembangkang dalam Pakatan
Harapan termasuk DAP pada PRU14 akan datang, jika PPBM dibubarkan.
Ahmad Shabery berkata sekiranya seseorang pemimpin itu
dilihat tidak konsisten, pendirian yang berubah-ubah, ia memberi satu isyarat
jelas untuk rakyat tidak memberikan sokongan kepada pemimpin itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sudah tentu kalau tanya saya, saya alu-alukan
sekiranya benar Tun M dan parti beliau akan gunakan lambang DAP kerana ia akan
memudahkan rakyat memahami bahawa beliau adalah didalangi oleh DAP,” katanya.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengeluarkan notis
kepada PPBM berkuat kuasa 28 Februari lepas yang antara lain memerlukan parti
itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen berkaitan minit mesyuarat
cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti dalam tempoh
30 hari, atau berdepan risiko dibubarkan. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel