Connect with us

Berita Lain

‘Tanpa GST Kerajaan Tidak Boleh Berfungsi?’



SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, negara suatu ketika dahulu pernah mendapat gelaran ‘Harimau Asia’, meskipun ketika itu sistem cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan.


Bekas perdana menteri itu berkata, pelaksanaan GST yang kononnya didakwa kerajaan kini sebagai amat penting bagi kewangan kerajaan adalah kenyataan salah.


“Kononnya tanpa GST Kerajaan tidak boleh berfungsi, tak dapat bangunkan negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Sebenarnya pendapatan kerajaan tiap tahun sejak 2009 hingga 2017 jauh lebih tinggi (3 kali ganda) daripada pendapatan Kerajaan pada 1995-2002. Dengan pertambahan pendapatan yang begitu besar apa perlunya cukai tambahan seperti GST,” katanya menerusi catatan diblognya www.chedet.


Istilah Harimau Asia merujuk kepada ledakan ekonomi Malaysia yang berlaku pada tahun 1980-an dan awal 1990-an ketika mana Mahathir memimpin negara.


Bagaimanapun, Malaysia pernah terjejas teruk oleh krisis kewangan Asia pada tahun 1997 sebelum kembali pulih.


Mengulas lanjut Mahathir berkata, GST adalah faktor terbesar yang menyebabkan kos sara hidup melambung tinggi.


“Dengan ditarik balik berbagai subsidi termasuk minyak tekanan ke atas rakyat, terutama golongan miskin dan yang berpendapatan sederhana amatlah berat.


Sudah tentu kos sara hidup akan turun jika GST dihapuskan,” katanya.


Jelasnya lagi, penghapusan GST tidak akan menjejaskan pentadbiran dan pembangunan negara.


“Jika hari ini GST diperlukan sebabnya ialah kerana banyak wang Kerajaan disalah guna dan dibazirkan. Salahguna ini menjadi begitu besar menjelang PRU14,” dakwanya.


Dalam pada itu, katanya, dahulu tanpa GST negara bangunkan Lebuhraya Utara Selatan, landasan keretapi berkembar elektrik, Lapangan Terbang KLIA dan di bandar-bandar lain, pelabuhan-pelabuhan, jaringan lebuhraya, pembangunan luar bandar, sekolah, universiti, hospital, bekalan air dan stesen jana elektrik dan bermacam lagi.


“Tanpa GST pembangunan dan pentadbiran negara tidak terjejas bahkan lebih hebat dari sekarang. Hutang negara juga tidak begitu tinggi. Beban bayaran hutang tidak memakan peratusan yang tinggi dalam belanjawan negara,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Oleh itu katanya, dengan pendapatan kerajaan jauh lebih tinggi dari dahulu, pentadbiran dan pembangunan negara sepatutnya ternampak jelas.


“Tetapi hakikatnya tidak banyak pembangunan terlihat dan yang meningkat dengan tinggi ialah hutang.


“Bukan sahaja GST tidak diperlukan tetapi hutang juga tidak perlu dipinjam dengan begitu banyak. GST tidak diperlukan. Yang penting ialah pentadbiran dan pembangunan negara dibuat secara berhemah, tanpa pembaziran, tanpa rasuah,” katanya.


GST dilaksanakan di Malaysia bermula 1 April, 2015 pada kadar enam peratus.


– Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel